Khamis, 26 Mac 2020

Ku Kan Mencintai Bab 3


Bab 3

ZAHRIN melangkah masuk ke dalam rumah usai memberi salam. Hampir semua lampu sudah ditutup. Jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Hanya lampu kecil di dapur dan lampu di bahagian tangga menghala ke atas yang masih menyala. Zahrin mengagak, pasti ummi dan abahnya telah tidur. Zahrin terus naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik. Telefon bimbit dan beg dompet dikeluarkan daripada kocek seluar dan di letakkan di atas katil. Dicapainya tuala dan terus menuju ke bilik air tingkat atas.
            Selesai menyegarkan diri, dia mengambil wuduk dan mula mengerjakan solat Isya’ yang tertangguh sementelah dia berangkat ke majlis perkahwinan Kamil dan Syakira selepas Maghrib tadi.           Selesai menunaikan solat Isya’, Zahrin terpandang beg dompetnya yang terletak di atas katil. Dia mengambil dompet tersebut lalu dibuka. Kelihatan gambar mereka berempat semasa masih dibangku sekolah diselitkan di ruangan kad pengenalan.
            Dengan tidak semena-mena, air mata Zahrin gugur. Dikesat air mata jantannya. Bukan mudah untuk dia menangis. Tapi kalau sudah patah hati, mana mungkin dapat ditahan. Zahrin teringat kembali detik semasa dia meluahkan perasaan kepada Syakira sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM.

10 TAHUN lalu.

ZAHRIN berdiri di luar rumah Syakira. Dia menanti dengan penuh sabar. Harapannya agar luahan perasaannya diterima. Syakira akhirnya keluar setelah beberapa minit Zahrin menunggu.
            “Ha, Rayn. Kenapa datang malam-malam ni? Nak minta nota tambahan ke?” Syakira memulakan bicara. Dia meneka pasti Zahrin ingin meminta nota mindanya sebagai rujukan memandangkan minggu depan akan berlangsungnya peperiksaan SPM.
            “Eh, tak. Aku ada benda nak bagi tahu. Rahsia ni dah lama aku simpan”
            “Oo.. Nak bagi tahu rahsia. Kalau dah bagi tahu aku bukan rahsia lah.” Mereka tersengih bersama. “Ha, apa dia rahsianya?”
            “Emm.. Sebelum tu, aku minta maaf kalau apa aku nak cakap ni mungkin buat kau tak selesa. Aku cuma.. Nak berterus-terang je.”
            “Hm..? Okey. Cakaplah”
            “Sebenarnya, Kiera.. Aku dah suka dekat kau dari tahun lepas lagi. Aku suka dengan sikap kau yang friendly, baik hati, sopan je. Aku..” Zahrin mula terasa malu tatkala meluahkan rasa yang terpendam, sambil matanya memandang ke bawah. Bertambah malunya sehingga dia tidak mampu memandang ke atas untuk melihat muka Syakira.
            “Rayn.” Panggil Syakira. Zahrin memandang wajahnya. Wajah Syakira tidak menunjukkan yang dia gembira mendengar luahan perasaan Zahrin. Riak wajahnya seakan keliru dan kasihan.
            “Kenapa?” soal Zahrin.
            “Aku minta maaf. Aku.. Dah ada orang yang aku suka.” Mendengarkan kata-kata Syakira, Zahrin terdiam. Orang yang dimaksudkan sudah dapat diduga. Zahrin tersenyum kelat.
            “Aku tahu. Kamil, kan? Tak apa. Aku memang dah tahu pun. Tapi aku nak jugak cuba. Mana tahu kalau bernasib baik. Tapi nampaknya, aku terlambat” Syakira tidak berkata apa-apa. Dia hanya berdiam diri. Keadaan menjadi sunyi seketika.
            “Erm.. Kalau tak ada apa-apa lagi, aku masuk dulu ya?”
            “Okey. Good luck untuk SPM nanti.”
            “Terima kasih. Kau juga. Maaf, ya?” sekali lagi Syakira meminta maaf.
            “Tak ada apa lah. Small matter. Kita kawan lagi kan?” Zahrin cuba melakarkan senyuman. Melihat senyuman Zahrin, rasa bersalah di hati Syakira berkurang.
            “Terima kasih” Syakira mula berjalan masuk ke rumahnya. Setelah pintu rumah Syakira ditutup, senyuman Zahrin mulai pudar. Kakinya mula melangkah menaiki basikal dan dia mengayuh basikal miliknya itu lalu meninggalkan perkarangan rumah Syakira dengan senyuman diukir dibibir. Sayu hatinya hanya dia yang tahu namun dia bijak menyembunyikan perasaannya.


KENAPA? Kenapa aku susah sangat nak lupakan kau? Itulah soalan yang sering bermain di fikiran Zahrin. Hendak dibenci, tidak patut hanya kerana Syakira tidak membalas perasaan cintanya. Bukannya Syakira ada berbuat benda yang tidak elok padanya. Sepanjang mereka berkawan, Syakira melayan dia dengan baik sebagai seorang teman. Zahrin bangun dari duduknya. Gambar mereka berempat itu dikeluarka daripada beg duit dan diletakkan di dalam laci almari. Tidak ada gunanya dia melayan perasaan sedih itu bila orang yang disukai kini sedang bergembira meraikan hari bahagia.
            Sejadah yang tadinya digunakan semasa solat isya’ dilipat dan disangkutkan di atas kerusi meja kerjanya. Langkah disusun menuju ke katil.
            “Lupakan sajalah, Rayn. Jodoh kau bukan dengan dia.” Zahrin tak henti-henti memujuk diri sendiri.


AUFA berbaring di atas katilnya sambil tangannya ligat menaip sesuatu di telefon setelah dia selesai solat isya’ tadi.
            Tahniah Kiera. Sorry aku balik awal tadi. Kau risau aku tak ada dalam gambar kahwin korang ke? Nanti photoshop je lah. Okey? Again, congrats. Selamat malam.
Tidak lama kemudian, Aufa mendapat balasan mesej daripada Syakira.
            Tak apa. Next time kita jumpa lagi. Love you.
            Thanks sebab faham. Love you more.
            Mesej dihantar kepada Syakira. Telefon bimbitnya diletakkan di tepi. Dia menarik nafas dalam dan dilepaskan perlahan. Redha. Dia berharap itu yang akan dia lakukan selepas ini. Menerima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka. Tapi, sepertinya dia terlupa sesuatu. Zahrin! Telefon dicapai semula dan dibukanya aplikasi whatsapp untuk dia menghantar mesej kepada lelaki itu.
            To my dear friend Mr Zahrin Aiman. Thanks for being such a supporting friend. At          least kau bukan tahu sepak tin je. And for your action just now, jangan melebih      sangat acting tu. Jangan menangis lagi, okey. Hilang macho kau. Dah. Selamat        malam. Assalamu’alaikum.
            Pesanan itu dihantar kepada Zahrin. Bunyi mesej masuk mengejutkan Zahrin daripada lamunan. Telefon bimbit dicapai lalu dibuka aplikasi whatsapp untuk dibaca mesej yang diterima. Melihat apa yang ditulis Aufa, membuatkan dirinya tersenyum sendiri. Sempat lagi Aufa bergurau dalam keadaan dirinya bersedih. Zahrin mula menaip mesej untuk dibalas kepada Aufa.
            Thanks. Kau pun, jangan sedih lagi. Semoga lepas ni kita sama-sama happy, no more crying. Aku akan cuba buat kau happy selagi mampu. Sampai kau tak menyesal kawan dengan aku. Selamat malam jugak. Wa’alaikumussalam.
            Telefon bimbit kembali diletakkan di tepi. Mata mulai dipejam menanti mimpi malam, berharap hari esok akan lebih indah buat mereka berdua.


AUFA berlari-lari anak ke pondok bas berdekatan. Hatinya terus resah. Jam di tangan dikerling beberapa kali.
            “Dah tak ada bas ke waktu ni? Alamak.. Minta-minta ada lah teksi lalu. Cepat sikit aku sampai.” Aufa berharap. Tidak lama kemudian, dari kejauhan kelihatan sebuah teksi datang menghampiri. Aufa melambai kepada teksi tersebut. Kelajuan teksi tersebut semakin perlahan, menandakan bahawa ia akan berhenti. Aufa berasa lega. Dengan tenang dia mula melangkah ke arah pintu teksi tersebut.
            Hanya beberapa langkah lagi sebelum tangannya sempat mencapai pintu teksi, seorang lelaki terlebih dahulu memintasnya dan membuka pintu teksi tersebut dan terus masuk ke dalam. Pintu teksi di tutup.    Tindakan lelaki tersebut membuatkan dirinya kaget. Dengan pantas tangan Aufa membuka semula pintu teksi tersebut. Ditenung lelaki yang baru sahaja ‘merampas’ teksi yang ditahannya tadi. Lelaki berpakaian kemas berkod hitam dan berkemeja biru itu merenung Aufa kosong sebelum bersuara.
“Nak apa?” soal lelaki itu. ‘Eh dia ni. Aku tepuk jugak kepala dia nanti’. Fikir Aufa sendiri. Aufa menarik nafas sebelum berkata dengan sehabis sopan yang mungkin.
            “Assalamu’alaikum, maaf encik, tapi saya yang tahan teksi ni dulu.” Aufa bersuara.
            “Ehh.. Saya dulu. Awak tak nampak ke tangan saya bukan main terkibas-kibas lagi tadi tahan teksi ni dekat sana. Sebab tu pak cik ni berhenti. Betul tak pak cik? Oh lupa. Wa’alaikumussalam” soalan lelaki tersebut membuatkan pak cik teksi tersebut berasa serba salah untuk menjawab.
            “Encik tak boleh macam tu. Memang sah-sah lah pak cik ni berhenti depan saya. Maknanya saya lah pelanggan teksi ni. Encik, tolonglah. Saya dah lambat ni, tak ada masa nak gaduh pasal teksi.”
            “Saya pun dah lambatlah. Tak ada masa nak gaduh dengan awak. Dah, pak cik. Moh kite jalan. Abaikan dia ni”, pantas lelaki tersebut memberi arahan kepada pak cik teksi berkenaan.
            “Err.. Macam mana kalau encik dengan dia naik sekali? Mana tahu tempat sama atau dekat-dekat ke?” pak cik teksi tersebut memberi cadangan. Aufa tersenyum. Pandai pak cik ni, fikirnya.
            “Tak payah, jom pak cik. Saya dah lambat ni.” Sekali lagi lelaki itu menyuruh pak cik teksi itu untuk beredar.
            “Maaf ya, cik” kata pak cik teksi tersebut kepada Aufa.
            “Tak apa pak cik. Orang keras hati memang macam ni. Assalamu’alaikum.” Kata Aufa sambil senyuman dilemparkan kepada pak cik itu dan jelingan tajam kepada lelaki yang berada di tempat duduk penumpang. Pintu teksi di tutup. Kakinya mula melangkah untuk berlari ke tempat kerja.
            Pak cik teksi dan lelaki tersebut hanya memandang pergerakan Aufa dari dalam teksi. Teksi tersebut mula bergerak dan tatkala teksi tersebut lalu disebelah Aufa, mahu saja Aufa membaling kasutnya kearah teksi tersebut.
            “Sabar, Fa. Rosak kasut ni nanti kena beli baru. Lagi pun tu teksi pak cik tu, bukan kereta lelaki meroyan tu” Aufa cuba memujuk hati. Tak cukup lagi dengan hatinya yang patah dengan perkahwinan Kamil dan Syakira, muncul pula manusia yang menyakitkan hati di pagi hari macam ni. Aufa mengabaikan perasaan marahnya lalu mula berlari. Sesekali Aufa memandang ke belakang, melihat jika ada teksi atau bas yang lalu untuk ditahan. Kebanyakannya teksi melintasi dari arah yang berlawanan. Aufa semakin penat berlari. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Telefon di keluarkan lalu panggilan di jawab.
            “Hello, Rayn. Ada apa?” tanya Aufa kepada si pemanggil sambil nafasnya tercungap-cungap.
            “Kau kat mana tu? Kenapa bunyi kau bernafas macam baru lepas lari je ni?”
            “Memang tengah lari pun, dah lambat sangat nak tunggu teksi. Aku lari jelah pergi office
            “Ha? Kau kat mana ni?” soal Zahrin. Dia yang berada di pertengahan jalan menuju ke tempat kerja, segera memusingkan kenderaan dan menuju ke tempat keberadaan Aufa. Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya kelibat Aufa kelihatan. Zahrin memberhentikan keretanya dan menyuruh Aufa untuk masuk ke dalam kereta.
            “Terima kasih. Walaupun aku tak suruh kau datang pun sebenarnya” kata Aufa.
            “Eh, kau ni. Orang dah tolong macam nak tak nak pulak. By the way, kenapa kau tak pergi naik motor kau hari ni?” soal Zahrin seraya menekan pedal minyak dan mula bergerak ke tempat kerja mereka. Dia pelik. Selalunya Aufa akan pergi ke pejabat dengan menaiki motorsikal miliknya. Kalau wanita lain sudah tentu mereka lebih memilih kereta berbanding motorsikal namun tidak Aufa, kerana dia lebih selesa menaiki motorsikal untuk lebih cepat sampai. Nak menyelit senang. Tapi hari ini tiba-tiba Aufa ingin menaiki teksi pula.
            “Motor tu tiba-tiba tak boleh hidup pulak. Buat hal pagi-pagi ni. Nak minta ayah aku hantar dia dah pergi kerja dulu dari aku.” Tidak sempat Zahrin bertanya mengenai ayah Aufa, dia terlebih dahulu menceritakan keadaan yang membuatkan dia terpaksa menahan teksi hari ini.
            “Hmm.. Lain kali call jelah. Aku kan ada? Rumah bukan jauh mana pun. Nak pergi kerja pun satu jalan je kan?”
            “Tak naklah menyusahkan kau.”
            “Tak ada maknanya susah. Kau tu pemalas. Telefon je mahal tapi tak reti guna.”
            “Amboi. Melampau ayat kau. Mana kau tahu telefon aku mahal? Bukan guna duit kau pun.” Zahrin ketawa. Niatnya untuk menyakat Aufa berjaya membuat gadis itu melenting. Dia tersengih sendiri.
            “Hehehe..”
            Takyah dok kernyeh-kernyeh gitu. Jalan cepat sikit. Lambat dah ni” Mulalah Aufa berdialek utara.
            “Dah kau tu lambat sangat nak call aku, kalau tak 10 minit lepas dah sampai dah.”
            “Ish! Tekan minyak tu cepat sikit!”
            “Hoi! Kau nak kita accident ke apa? Tak nampak kereta banyak kat depan tu?”
            “Eleh, selalu bukan main lagi kau cakap kau boleh drift lah apa ke benda lah” Aufa mula mengingatkan kembali apa yang pernah diperkatakan oleh Zahrin kepadanya.
            “Kalau aku boleh buat drift pun, kau ingat kita ni tengah buat filem aksi ke? Tengah-tengah bandar ni nak drift, pagi-pagi time sesak nak pergi kerja macam ni?” leter Zahrin.
            “Hm.. Alasan.” Tingkah Aufa. Mendengarkan kata Aufa, Zahrin menekan pedal minyak. Aufa terkejut lalu tersentak ke belakang.
            “Rayn! Tadi cakap tak boleh. Ni dah kenapa tiba-tiba pecut pulak? Slow sikit!” Zahrin tidak membalas sebaliknya dia hanya ketawa melihat muka cemas Aufa. Akhirnya mereka sampai ke bangunan tempat kerja mereka.
            Sebaik masuk ke tempat letak kenderaan, Aufa terus bergegas keluar daripada kereta. Zahrin pelik melihat tingkah-laku Aufa.
            “Terima kasih” kata Aufa sebelum menutup pintu kereta
            “Dah kenapa perempuan ni laju semacam?” soal Zahrin sendirian.
“Oi! Tak nak tunggu aku parking kereta ke?”
“Tak payah! Tunggu kau bertambah lambat aku” balas Aufa. Setelah difikir barulah Zahrin faham. Aufa pernah memberitahunya untuk tidak memaklumkan kepada sesiapa pun bahawa mereka bekerja di bangunan yang sama walaupun pejabat masing-masing berada di tingkat yang berlainan. Kononnya tak mahu ada gosip liar. Kalah artis jugak perasan si Aufa tu kadang-kadang. Aufa bekerja sebagai salah seorang pereka grafik di tingkat dua, manakala Zahrin adalah salah seorang pembantu arkitek hiasan dalaman di tingkat lima bangunan tersebut. Mereka berdua sama-sama bekerja dibawah syarikat Destine Sdn Bhd.
            Destine Sdn Bhd menjalankan tiga perniagaan iaitu perhotelan, pengiklanan dan hiasan dalaman. Entah bagaimana, kebetulan atau memang takdir, Aufa dan Zahrin bekerja di bawah syarikat yang sama cuma berbeza bahagian bidang. Dua daripada perniagaan syarikat itu berada di dalam bangunan yang sama iaitu pengiklanan dan hiasan dalaman. Hotel mereka terletak di Shah Alam. Perniagaan utama syarikat Destine Sdn. Bhd yang dimiliki Tuan Haji Bustamam itu ialah bidang perhotelan, namun telah berkembang kepada bidang pengiklanan dan hiasan dalaman tidak lama kemudian setelah anak-anaknya mewarisi kelebihan perniagaan yang dimiliki olehnya. Keempat-empat anaknya masing-masing mempunyai minat dan cara yang tersendiri dan mereka telah bersepakat untuk bernaung di bawah syarikat milik bapa mereka. Selalunya syarikat tersebut hanya menggunakan tenaga kerja daripada anak syarikatnya sendiri sahaja baik dari segi hiasan dalaman hotel mereka dan juga dari segi idea kreatif pengiklanan untuk menarik pengunjung ke hotel mereka.
“Kenapa Aufa nak berahsia sangat? Aku dengan dia kawan je kan? Takut kena gossip lah tu.” Zahrin berbicara sendiri.
Aufa pantas berjalan memasuki pintu utama pejabatnya. Sebaik sahaja dia selamat memasukkan kad ‘punch’ ke dalam mesin ‘punch card’, terus dia disergah oleh rakan sekerjanya, Kak Wani.
“Haa! Boyfriend hantar nampak hari ni.” Kata Kak Wani sambil tangannya menampar bahu Aufa.
“Oii! Mak kau! Aku tampar kang!” sempat lagi Aufa melatah. Hampir-hampir dia membalas tamparan Kak Wani tadi.
“Hesh! Kak Wani.. Janganlah buat Fa terkejut.” Aufa berjalan menuju kearah mejanya. Meja Kak Wani berdepan sahaja dengan mejanya.
“Eleh, buat-buat terkejut konon.”
“Betul lah terkejut, mana ada buat-buat.”
“Hmph. Siapa tadi tu? Macam kenal je” belum habis lagi Kak Wani punya soal siasat.
“Manusia”
“Wei, aku tahu la manusiaaa.. Kalau hantu kau pun lari.” Kak Wani menarik telinga Aufa disebalik tudungnya itu, oleh kerana Aufa bersikap loyar buruk dengannya tadi.
“Adoi, kak! Fa bukan budak-budak lagi nak main tarik-tarik telinga bagai.”
“Dah kau loyar buruk dengan aku”
“Tadi tu kawan la” kata Aufa, seraya Kak Wani melepaskan tangannya dari menarik telinga Aufa.
“Haaa.. Boyfriend la tu.”
“Tak, kawan”
“Eh, lelaki kan?”
Yup.”
Boyfriend la tu”
“Bukan kak. Berapa kali nak kena cakap ni?” Aufa sudah mula menghidupkan komputer di meja kerjanya.
“Hmph. Suka hati kau lah. Eh, hari ni Encik Rashdan masuk awal tau. Tu dah tercongok dalam bilik dia. Kantoi la kau datang lambat hari ni”
“Aduh.. Kak Wani ni tak membantu langsung lah. Asyik menambah stress orang je kerja. Dah la tadi nak naik teksi ada mamat sewel mana entah rampas teksi yang Fa tahan, pastu dia blah macam tu je. Buat muka tak bersalah pulak tu.”
“Ish.. Ish..Ish.. Kesian kau Aufa. Pagi-pagi ni dah macam-macam bala turun kat kau.”
“Aii.. Kak.. Jangan doa yang bukan-bukan lah”
“Hehe.. Sorry. Ha, Encik Rashdan suruh kau masuk bilik dia kalau kau sampai. Ada sebab dia datang awal hari ni katanya.” Kak Wani menyampaikan pesanan Encik Rashdan kepada Aufa.
“La.. Nak apa pulak dia pagi-pagi ni? Jangan cari pasal sudahlah.. Letihlah..” Aufa bernada seakan mengeluh.
“Hish, kau mengeluh ke? Jangan mengeluh. Istighfar banyak-banyak. Mana tahu turun rezeki ke? Kau naik pangkat ke?” Kak Wani cuba menenangkan Aufa yang sedang serabut.
“Amiin. Mudah-mudahan ye kak. Dapatlah Fa beli kereta baru kalau naik gaji. Hehehe.”
“Hmm.. Ye lah. Kau asyik datang kerja naik motor dah macam jantan aku tengok kau merempit. Dah. Pergi masuk bilik dia. Nanti aku jugak kena. Bersembang dengan kau sampai esok pun tak habis.”
“Eh, Kak Wani tu yang bercakap tak habis-habis.”
“Dah! Pergi!” Kak Wani menghalau Aufa ke bilik Encik Rashdan.
Langkah kaki Aufa mula diatur ke bilik Encik Rashdan. Dalam hatinya tak habis-habis tertanya apa pulak yang ingin diberitahu oleh pengurusnya itu. Sesampainya dia di depan pintu bilik Encik Rashdan, belum sempat pintu di ketuk, sudah ada orang yang membukanya dari dalam. Hampir saja Aufa mengetuk kepala sosok badan yang tinggi itu. Kerana terkejut, lelaki yang membuka pintu itu melindungi mukanya dengan meletakkan lengan di hadapan muka.
“Eh, nasib baik belum ketuk lagi, kalau tak, free je kena ketuk. Maaf ya en..” niat Aufa mahu meminta maaf terbantut apabila wajah lelaki di hadapannya kelihatan. Lelaki itu menurunkan tangannya.
“Eh.. Laa.. Dia ni ke?” soal lelaki tersebut.
“Awak? Perampas teksi saya tadi, kan?!” kata Aufa sambil menuding jari ke arah lelaki tersebut.
“Ehh.. Awak yang lambat. Jalan terkedek-kedek macam itik.”
“Aufa. Kamu dah kenapa bergaduh depan pintu bilik saya ni? Masuk. Ada benda saya nak bagitahu. Kamu,tunggu dekat luar sekejap ya” kata Encik Rashdan dari dalam biliknya dan meminta lelaki yang berperang mulut dengan Aufa itu untuk menunggu di luar.

______________________________________________________________________

Author's Note: Maaf la sebab memang lama sangat tak update. Entah-entah reader pun dah lari. Idea tak sampai dan kadang-kadang letih lepas balik kerja, jadi malas nk update story. Maaf ye..
- Muhibbatul Jannah -

Selasa, 20 Disember 2016

Ku Kan Mencintai Bab 2

­
Bab 2


SEPULUH tahun yang lalu..
“Wei, Rayn!” gadis yang lagaknya seperti tomboy, berbaju seragam pengawas sekolah itu mulai mendekati kawan baiknya setelah nama Zahrin dilaung sekuat mungkin kerana jarak yang begitu jauh. Zahrin sudah menunggu selama beberapa minit di pintu pagar sekolah dengan basikalnya.
            “Ish, kau ni. Tak reti-reti nak bagi salam dulu ke? Main redah je. Jerit kau tu empat batu pun boleh dengar.”
            “Oh, Assalamu’alaikum tuan hamba. Dari mana hendak ke mana? Maafkan hamba andai hamba biadap terhadap tuan hamba sebentar tadi” kata Aufa dengan penuh gaya ala-ala panglima Melaka.
            “Hm.. Terlebih adab lah pulak kau ni. Ingat filem Melayu purba ke nak cakap macam tu?” kata Zahrin. Aufa ketawa. Zahrin hanya menggeleng kepala.
            “Kawan baik kau mana?” tanya Zahrin.
            “Siapa? Kiera? Kejap lagi sampailah tu. Tolong cikgu angkat barang”
            “Yang kau kenapa tak tolong?”
            “Eh, eh! Aku pulak kena. Kau tu kenapa tak tolong? Kalau dah berkenan dekat si Syakira tu, rajin-rajin lah tolong cikgu. Dia kan suka tolong cikgu. Nanti bolehlah kau orang dijadikan ketua kelas dengan penolong tahun depan.” Aufa cuba mengalih topik.
            “Ah! Merepeklah kau. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.” Pada masa yang sama, Syakira sudah menghampiri mereka.
“Kau orang sembang apa ni? Rancak semacam je” soal Syakira ingin turut tahu topik yang dibincangkan.
“Adalah.. Rahsia kerajaan. Budak-budak mana boleh tahu.” Balas Aufa.
“Budak apa? Kitakan sama umur?” soal Syakira kembali.
“Oh, ya eh? Hehe, kita sama-sama budaklah kalau macam tu” Aufa ketawa mengekek.
“Lagi satu, cubalah kau ambil pedoman sikit daripada kawan kau ni?” tiba-tiba Zahrin mencelah.
            “Pedoman?” tanya Aufa, tidak faham dengan apa yang dimaksudkan.
            “Kau dah kawan dengan perempuan ayu ala gadis melayu terakhir macam Syakira ni, kau bila lagi?”
            “Bila lagi apa?”
            “Bila nak jadi perempuan?”
            “Kurang ajar! Kau teringin nak makan kasut aku kot tengah hari ni, ha? Tak cukup perempuan lagi ke aku ni?” marah Aufa. Zahrin yang mula mengayuh basikalnya.
“Bukan tak cukup perempuan, tak nampak pun macam perempuan!” Basikal Aufa mula mengejar dibelakang Zahrin. Zahrin ketawa berdekah-dekah.
“Hang tunggu tang tu! Dapat hang patah sepuluh aku lipat. Tunggu!” Sekali sekala terkeluar loghat utara Aufa. Almaklumlah, dia baru sahaja berpindah ke Kuala Selangor setahun yang lalu. Dia masih lagi belajar cara untuk bercakap menggunakan bahasa selatan. Kata orang, bahasa KL. Kebetulan Aufa berpindah ke taman perumahan yang terletak tidak jauh dari rumah Zahrin. Setelah seminggu mengenal diri masing-masing, mereka sudah rapat. Syakira pula tinggal di taman perumahan bersebelahan dengan perumahan Aufa. Mereka terus jadi rapat alang-alang sudah rumah berdekatan, satu kelas pula. Setiap hari mereka akan pulang bersama.
Syakira hanya mampu ketawa dan mengekori mereka daripada belakang. Pelajar-pelajar lain yang lalu-lalang tidak dihiraukan. Mereka yang lain juga sudah terbiasa dengan kebisingan Aufa dan Zahrin di sekolah.
Beberapa hari kemudian, di suatu pagi Isnin seperti biasa setelah selesai perhimpunan mingguan, para pelajar mula bergerak ke kelas masing masing. Aufa mula tidak senang duduk. Dia pusing ke belakang menghadap Zahrin.
“Awat Cikgu Pah lambat sangat masuk ni??” soal Aufa kepada Zahrin.
“Eh, mana aku tahu. Sakit perut agaknya” Aufa terasa geli hati dan secara tidak sengaja terketawa. Bukanlah bermaksud mempermainkan Cikgu Pah atau nama sebenarnya Latifah tu, tetapi jawapan Zahrin membuatkan dia terasa ingin ketawa.
“Hish, jahat kau Rayn” Syakira yang duduk di sebelah Aufa mencelah apabila terdengar perbualan antara Aufa dan Zahrin.
“Banyak kerja kot. Dak pun tiba-tiba pengetua buat mesyuarat tergempaq ka?” Aufa berseloroh.
“Tergempiaq apanyia..” Zahrin mula mengajuk Aufa.
“Woi, hang kalau tak tau cakap utagha jangan pejahanam bahasa. Suka hati dia ja” Aufa mula naik angin. Zafrin ketawa mengekek. Dia mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah.
“Lawak je. Rileks la”
“Banyak lah rileks kau. Ni aku sumbat pencil case ni baru padan” sambil berkata, Aufa mencapai bekas pensel Zahrin dan menyua ke mukanya. Zahri masih lagi ketawa. Tiba-tiba ketawanya terhenti apabila kelibat Cikgu Pah memasuki kelas mereka. Di belakang Cikgu Pah, kelihatan seseorang yang tidak dikenali mengikuti Cikgu Pah masuk ke ruangan kelas mereka.
“Assalamu’alaikum kelas.” Cikgu Pah memberi salam. Salamnya disambut oleh pelajar tingkatan 4 Perkasa. “Okay. Emm.. Kamu angkat meja dengan kerusi yang dekat belakang tu, bawak ke sebelah meja Zahrin.” Arah Cikgu Pah kepada budak lelaki yang mengikutinya tadi. “Zahrin.” Panggil Cikgu Pah.
“Ya”
“Mulai hari ni dia duduk di sebelah kamu, ya.” Beritahu Cikgu Pah dan Zahrin mengangguk sebagai jawapan. Dia bangun untuk membantu pelajar baru itu membawa kerusi. Mejanya diletakkan sebelah meja Zahrin.
“Terima kasih” ucap pelajar baru tersebut.
“Sama-sama” balas Zahrin.
“Okay, kamu boleh kenalkan diri” Cikgu Pah berkata kepada pelajar baru tadi. Pelajar itu meletakkan begnya di atas kerusi yang baru di ambil tadi.
“Mm.. Nama saya Ahmad Kamil bin Khusyairi. Saya baru je pindah dari Johor.” Pelajar baru itu memperkenalkan dirinya.
“Sekolah dekat mana sebelum ni?” soal Cikgu Pah.
“Sebelum ni saya bersekolah dekat Kluang.”
“Oo.. Okey. Tak apalah. Setakat tu je dulu cikgu tanya. Kamu semua kalau ada apa nak soal siasat latar belakang kawan baru kamu ni, kejap lagi. Sekarang kita proceed dengan latihan minggu lepas. Ha! Siapa tak buat latihan saya bagi hari Jumaat hari tu? Mengaku cepat!” kata Cikgu Pah seakan marah tetapi reaksinya amat menggelikan hati pelajar-pelajar.
Dia mengangkat rotan yang di bawanya ke hulu ke hilir. Sambil menggoyang-goyangkan rotannya, dia berkata bahawa dia akan merotan sesiapa yang tidak menyiapkan latihan tersebut.
“Cikgu! Kamil tak buat langsung, cikgu!” tiba-tiba Aufa menyebut nama Kamil. Kamil yang kebingungan memandang Aufa yang sedang menunjuk ke arahnya.
“HA! Kenapa tak buat?” seakan dia terlupa bahawa Kamil itu adalah pelajar baru, Cikgu Pah menyoal Kamil.
“Saya kan baru je masuk kelas cikgu?” kata Kamil. Cikgu Pah membuat muka geram.
“Aufa!” sambil mulutnya memanggil nama itu, sambil dia melibas rotan itu ke lengan Aufa alang-alang dia sudah berada di sebelah Aufa.
“Akk! Aduhhh..” Aufa mengaduh. Lengan yang baru saja dilibas rotan itu di usap berulang kali.
“Oo.. Main-main dengan cikgu. Cikgu taaaarik telinga ni baru tau” tangannya ligat memulas telinga Aufa di sebalik tudung yang dipakai Aufa.
“Adoidoidoidoi.. Cikguuu.. Sorry. Sorry. Sorry cikguuu..” rayu Aufa. Puas hati Cikgu Pah dapat mengenakan semula anak muridnya yang seorang itu. Tangan Cikgu Pah yang sedang memegang telinganya di capai dengan harapan rasa sakit di telinganya akan hilang, tetapi gagal. Rakan sekelas Aufa sudah tidak dapat menahan ketawa lagi.
“Ha.. Tu la..Kacau cikgu lagi” Hisyam ketua kelas mereka menyampuk.
“Padan dengan muka kau” Zahrin pula memadankan muka Aufa.
“Oo.. Padan muka ya? Mana kerja sekolah hari tu?” pantas Cikgu Pah menyoal Zahrin pula. Laju Zahrin mengeluarkan buku latihan matematik tambahan daripada begnya. “Hah, buka. Saya nak tengok” kata Cikgu Pah lagi.
Setelah beberapa muka surat dibuka, ternyata Zahrin belum menyiapkan dua soalan terakhir daripada 15 soalan yang dberikan.
“Hmm.. Padan muka ya? Ha, nah! Ambil bahagian kamu pulak” hujung bilah rotan tersebut hinggap di bahu Zahrin pula. Zahrin cuba mengelak namun Cikgu Pah pantas bertindak. Laju sahaja rotan itu melayang ke bahu Zahrin yang sebelah lagi.
Walaupun mereka sedang didenda oleh Cikgu Pah, tetapi setiap apa yang dilakukan Cikgu Pah tidak pernah tidak kelakar. Walaupun garang tapi Cikgu Pah seorang yang kelakar dan penyayang. Itu lah cikgu kegemaran mereka semua sejak dari tingkatan empat.
“Hantar selepas waktu rehat nanti. Ni nama dia mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.” Cikgu Pah berkata kepada Zahrin, buku Aufa dibeleknya. “Tengok. Kan betul kata saya. Kata orang, dia yang lebih. Aufa siap kerja yang saya bagi. Cuma dia ni suka mengacau saya je. Tak pasal-pasal saya jadi cikgu Bahasa Melayu pulak pagi ni”. Pecah lagi ketawa para pelajar kelas itu.
Kelas diteruskan seperti biasa. Setelah selesai kelas yang kedua untuk hari itu, maka bermulalah waktu rehat. Sebaik sahaja loceng berbunyi, ligat tangan Zahrin menutup buku matapelajaran Sejarah miliknya. Cikgu matapelajaran Sejarah mula berjalan keluar dari kelas itu. Zahrin memusingkan badan ke belakang melihat Aufa kini yang berada di tempat duduknya. Dagu Aufa berada di atas meja. Mukanya dilindungi oleh buku teks Sejarah yang di letakkan agar berdiri di hadapan mukanya. Aufa pasti akan meminta Zahrin untuk menukar tempat duduk dengannya apabila tiba waktu matapelajaran Sejarah.
“Fa.” Panggil Zahrin.
“Hm..” Sahut Aufa.
“Jom. Dah rehat.” Aufa mengangkat muka. Buku teks Sejarah yang didirikan ditutup semula. Dia bangun dan mula melangkah untuk keluar dari kelas.
“Oh.. Kamil” Aufa berhenti melangkah dan berpusing semula ke belakang. Syakira dan Zahrin turut berhenti. Kamil yang mendengar namanya dipanggil mendongak dan melihat ke arah Aufa.
“Ya?”
“Nak join kami pergi kantin?” tanya Aufa.
“Mm..” Kamil berfikir seketika. Kemudian dia tersenyum. ‘Eh, senyum-senyum pulak. Bukan nak jawab bila orang tanya.’ Aufa berfikir sendirian.
“Okey” balas Kamil. Dia turut bangun dan mula mengikuti langkah Aufa, Zahrin dan Syakira untuk ke kantin.
Setelah itu, Kamil mula menjadi rapat dengan mereka bertiga. Sikap Zahrin dan Aufa yang gila-gila membuatkan Kamil tak kering gusi. Syakira pula selalu membantu bila dia memerlukan bantuan. Bukan Syakira saja, bahkan mereka semua akan tolong sesama mereka bila ada yang memerlukan bantuan. Mereka terus berkawan sehingga ke tingkatan 5.
Suatu hari, ketika sedang berbual-bual, kawan Aufa dari kelas yang berlainan bertanya kepada Aufa soalan yang tak disangka-sangka semasa dia sedang bertugas di pintu pagar sekolah. Almaklumlah, pengawas sekolah. Setiap pagi, itulah tugas mereka sebagai pengawas iaitu mencatat nama pelajar yang lambat. Terkadang jika Zahrin sendiri terlewat, Aufa tidak memberi muka.
“Fa” panggil Wani.
“Hm” sahut Aufa.
“Kau dengan Zahrin..” kata-kata Wani terhenti. Aufa masih menunggu ayat Wani yang seterusnya. “Kau dengan dia ada apa-apa ke?”
“Apa-apa? Maksud?”
“Alah.. Apa-apa yang ‘tu’ lah”
“Bercinta?” teka Aufa.
“Ha.. Yang tu”
“Taklah” jawab Aufa. Berkerut muka Wani memikirkan sesuatu.
“Habis tu kenapa kau rapat dengan dia?”
“Hai.. Dah nama pun kawan, memang lah rapat. Dia suka dekat orang lain kot. Tapi kau ni kan.. Tanya soalan panas pagi-pagi ni kenapa? Nak tukar jawatan dari pengawas jadi AJK bilik siaraya pulak ke? Nak catat berita untuk buletin sekolah?”
“Tak ada lah. Nak tahu je. Sebab lepas kau dengan Zahrin dah berpisah kelas dengan aku lepas masuk tingkatan empat tahun lepas, kau orang macam makin rapat pulak” luah Wani lalu mula melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan. Penat dia berdiri dan berlari dari dewan perhimpunan apabila dia terlupa bahawa hari ini dia perlu bertugas di pintu pagar sekolah.
“Lepas dah bertukar kelas tu aku tak kenal siapa pun yang lain. Lagi pun aku kan budak baru lagi masa tu. Aku cakap dengan Zahrin je lah. Syakira tu rapat dengan aku pun sebab cikgu letak dia duduk sebelah aku. Aku segan sikit nak tegur orang kalau first time jumpa. Kau tahu kan?” Aufa mengingatkan Wani kembali saat mereka mula berkenalan di tingkatan tiga. Aufa kelihatan sangat pemalu. Tetapi apabila sudah rapat, bising mulutnya, machine gun pun kalah.
“Tu dulu. Aku dengar tahun lepas masa si Kamil tu baru masuk, kau orang first yang tegur.”
“Dah dia tak bercakap. Malulah kot masa tu. Kalau tak ada siapa tegur dia, memang tak bercakaplah budak tu sampai ke sudah.” Tengah rancak berborak, tiba-tiba kelibat seorang pelajar yang lewat tertangkap dek mata Aufa.
“Eh, eh.. Tunggu. Tunggu. Mana mau lari ha? Mari sini.” Aufa memanggil pelajar lelaki yang berpura-pura tidak nampak susuk tubuh dua orang pengawas yang berada di tepi pintu pagar itu.
“Tulis nama” kata Wani pula. Pelajar itu dengan malas menulis namanya. Seketika kemudian dia menutup buku tersebut menyerahkan semula buku dan pen kepada Aufa dan terus berlalu pergi. Aufa membuka kembali buku tersebut.
“Eh, eh, eh.. Budak kecik ni..”
“Kenapa” Tanya Wani.
“Dia ingat dia artis popular, tulis nama samaran je orang dah kenal. Zack apa benda entah ni. Kelas tak tulis” Aufa melepas geram. Terus diperhati budak lelaki tadi. Wani ketawa. “Kau gelak. Kelakar sangat ke?” Terkena tempias kemarahan Aufa kepada Wani. Namun tidak di peduli. Dia terus ketawa.
“Adoi.. Habis air mata aku. Macam mak cik-mak cik kau ni. Dah. Balik ke topik tadi. Okey. Kau dengan Zahrin tak ada apa-apa. Yang Kamil dengan Syakira tu, dia orang bercinta eh?” bermula lagi sesi soal siasat Wani kepada Aufa. Aufa terdiam. Dia berfikir sejenak.
“Entah. Tak tahu. Kenapa?”
“Sebab dia orang tu pun rapat lain macam” Aufa diam kaku.
Ketika waktu rehat, mereka berempat duduk makan semeja, seperti kebiasaanya. Zahrin duduk di sebelah Kamil, berhadapan Aufa. Syakira pula duduk di sebelah Aufa, berhadapan dengan Kamil. Sejak dari pagi selepas kelas bermula, Aufa tidak banyak bercakap. Dia memerhati gerak-geri Syakira dan Kamil. Mereka berdua lebih rapat sesama mereka berbanding dengan dirinya dan Zahrin. ‘Nampak sangat.’ Bisik hatinya. Penyedut minuman di dalam gelas dikacau-kacaunya. Zahrin perasan tindakan Aufa.
“Fa” panggil Zahrin. Aufa mengalih pandangannya ke arah Zahrin. “Kenapa?”. Pertanyaan Zahrin membuatkan Kamil dan Syakira memandang Aufa.
“Hm? Apa?” soal Aufa kembali.
“Kau lah. Kenapa termenung je?”
“Tak ada apa.” Balasnya pendek.
“Kalau sakit jom pergi bilik sakit.” Syakira mula bimbang.
“Tak ada apalah Kiera. Aku okey. Aku mana boleh sakit. Dah nak dekat SPM ni, minta dijauhkanlah segala mak nenek penyakit tu.” Aufa cuba membuat lawak.
“Habis tu kenapa kau makan sikit je tadi?” tanya Kamil pula.
“Entah. Kenyang kot.” pendek saja jawapan Aufa. Mereka tidak lagi bertanya apa-apa.
Waktu pembelajaran telah tamat untuk hari ini. Para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke tempat meletak basikal pelajar. Seperti biasa, Aufa, Zahrin dan Syakira pulang bersama. Syakira telah pun membelok masuk ke arah jalan ke rumahnya. Kini hanya tinggal Aufa dan Zahrin.
“Fa.” Panggil Zahrin. Aufa menoleh ke kanan.
“Kenapa?”
“Kita berhenti kedai Mak Cik Timah kejap”
“Nak buat apa? Nanti mak aku marah pulak kalau lambat balik” Aufa takut kalau dia dimarahi emaknya kerana pulang lewat. Jam sudah pun menunjukkan pukul 2.36 petang.
“Kejap je. Aku ada hal nak bincang” pinta Zahrin.
“Ha, ye lah. Kejap je. Sepuluh minit” Aufa memberi syarat. Setelah sampai di warung makan Mak Cik Timah, mereka duduk di salah sebuah meja. Mak Cik Timah datang untuk mengambil pesanan. Zahrin memesan teh o’ ais untuk dirinya.
“Saya tak nak pesan apa-apa” kata Aufa apabila Mak Cik Timah memandangnya. Terus Mak Cik Timah berlalu ke dapur untuk membancuh air yang dipesan Zahrin.
“Kau cakap terus-terang dengan aku, Fa” tiba-tiba Zahrin memulakan bicara.
“Terus-terang apanya ni?”
“Hari ni kau lain. Selalu kau banyak bercakap. Aku perasan yang sepanjang hari ni kau asyik perhati Kiera dengan Kamil je”
“La.. Aku diam salah, aku bising salah”
“Tak salah. Tapi pelik. Kau.. Suka dekat Kamil ke? Kau cemburu ke dia orang rapat?” pertanyaan Zahrin membuatkan pandangannya yang tadi meliar ke tempat lain kini kembali memandang wajah Zahrin.
“Rayn. Kalau aku cemburu pun, tak ke mana perginya. Macam tu jugak”
“Jadi betullah kau cemburu?” soal Zahrin inginkan kepastian tapi tidak dijawb oleh Aufa.
“Dahlah, kalau kau dah habis cakap, aku nak balik” Aufa bangun dan mencapai beg galasnya.
“Fa. Aku nak terus terang dengan Kiera” Zahrin berkata lagi. Aufa tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
“Baru sekarang kau nak cakap yang kau suka dekat dia? Bila dia dah jumpa orang lain?”
“Tak salah kalau aku cuba”
“Suka hatilah” kata Aufa perlahan tapi masih boleh ditangkap oleh telinga Zahrin. Aufa terus berjalan menuju ke arah basikalnya dan pulang. Dibiarkan Zahrin duduk di situ keseorangan.

AUFA kembali ke alam nyata. Tidak ingin lagi dia hanyut dalam lamunannya mengingati memori sewaktu mereka masih dibangku sekolah dan ketika dia mula sedar bahawa dia menyukai Kamil.
            Dendangan lagu Cinta Dalam Hati oleh penyanyi kumpulan Ungu di radio di matikan oleh Zahrin.
            Zahrin merasa sedikit geram. ‘Waktu orang tengah down macam nilah lagu pun nak sedih. Konon nak fit the situation lah tu. Makin meluat adalah’, marah Zahrin di dalam hati. Dia menarik nafas dalam. Aufa yang berada di tempat duduk penumpang diperhati sekilas.
            “Kau okey tak, Fa?”
            “Hm..” lemah sahaja jawapan Aufa, seperti dia tidak berkehendak pun untuk membalas soalan Zahrin. Pandangannya masih ke luar tingkap. Beberapa minit perjalanan, seketika kemudian mereka tiba di perkarangan rumah Aufa.
“Fa.” Baru sahaja Aufa hendak membuka pintu, Zahrin membuka mulut untuk berkata sesuatu. Aufa memandang Zahrin.
“Kenapa?”
“Aku nak kau tahu, walau apa pun terjadi aku akan tetap ada disamping kau” kata-kata Zahrin membuatkan Aufa ketawa kecil.
“Dah kenapa kau buat drama malam-malam ni?”
“Tak, Fa. Aku serius ni.” Kata Zahrin. Aufa kembali diam.
“Okey. Sorry. Carry on what you’re goin’ to say just now.” Aufa memberi sepenuh perhatian kepada apa yang ingin dikatakan Zahrin kepadanya.
“Aku tak nak kau sedih lagi. Aku akan buat apa saja untuk tengok kau bahagia semula. Macam yang aku cakap tadi, just remember that when you need me, I’m always available for you.” Penuh semangat Zahrin berkata, cuba untuk meyakinkan Aufa.
Okay. I’ll remember that. Sekarang kau balik. Dah lewat. Esok nak kerja kan? Assalamu’alaikum, Mr. Zahrin Aiman.” Aufa terus keluar dari kereta Zahrin dan membuka pintu pagar lalu masuk ke dalam rumahnya.
“Kenapa kau selalu lari bila aku tak habis cakap lagi?” Nafas di hela.

“Sebab hanya aku yang faham macam mana sakitnya perasaan kau sebagaimana sakitnya perasaan aku.” Ayat yang sepatutnya dikatakan kepada Aufa itu, kini hanya di dengari oleh dirinya sahaja.