Selasa, 20 Disember 2016

Ku Kan Mencintai Bab 2

­
Bab 2


SEPULUH tahun yang lalu..
“Wei, Rayn!” gadis yang lagaknya seperti tomboy, berbaju seragam pengawas sekolah itu mulai mendekati kawan baiknya setelah nama Zahrin dilaung sekuat mungkin kerana jarak yang begitu jauh. Zahrin sudah menunggu selama beberapa minit di pintu pagar sekolah dengan basikalnya.
            “Ish, kau ni. Tak reti-reti nak bagi salam dulu ke? Main redah je. Jerit kau tu empat batu pun boleh dengar.”
            “Oh, Assalamu’alaikum tuan hamba. Dari mana hendak ke mana? Maafkan hamba andai hamba biadap terhadap tuan hamba sebentar tadi” kata Aufa dengan penuh gaya ala-ala panglima Melaka.
            “Hm.. Terlebih adab lah pulak kau ni. Ingat filem Melayu purba ke nak cakap macam tu?” kata Zahrin. Aufa ketawa. Zahrin hanya menggeleng kepala.
            “Kawan baik kau mana?” tanya Zahrin.
            “Siapa? Kiera? Kejap lagi sampailah tu. Tolong cikgu angkat barang”
            “Yang kau kenapa tak tolong?”
            “Eh, eh! Aku pulak kena. Kau tu kenapa tak tolong? Kalau dah berkenan dekat si Syakira tu, rajin-rajin lah tolong cikgu. Dia kan suka tolong cikgu. Nanti bolehlah kau orang dijadikan ketua kelas dengan penolong tahun depan.” Aufa cuba mengalih topik.
            “Ah! Merepeklah kau. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.” Pada masa yang sama, Syakira sudah menghampiri mereka.
“Kau orang sembang apa ni? Rancak semacam je” soal Syakira ingin turut tahu topik yang dibincangkan.
“Adalah.. Rahsia kerajaan. Budak-budak mana boleh tahu.” Balas Aufa.
“Budak apa? Kitakan sama umur?” soal Syakira kembali.
“Oh, ya eh? Hehe, kita sama-sama budaklah kalau macam tu” Aufa ketawa mengekek.
“Lagi satu, cubalah kau ambil pedoman sikit daripada kawan kau ni?” tiba-tiba Zahrin mencelah.
            “Pedoman?” tanya Aufa, tidak faham dengan apa yang dimaksudkan.
            “Kau dah kawan dengan perempuan ayu ala gadis melayu terakhir macam Syakira ni, kau bila lagi?”
            “Bila lagi apa?”
            “Bila nak jadi perempuan?”
            “Kurang ajar! Kau teringin nak makan kasut aku kot tengah hari ni, ha? Tak cukup perempuan lagi ke aku ni?” marah Aufa. Zahrin yang mula mengayuh basikalnya.
“Bukan tak cukup perempuan, tak nampak pun macam perempuan!” Basikal Aufa mula mengejar dibelakang Zahrin. Zahrin ketawa berdekah-dekah.
“Hang tunggu tang tu! Dapat hang patah sepuluh aku lipat. Tunggu!” Sekali sekala terkeluar loghat utara Aufa. Almaklumlah, dia baru sahaja berpindah ke Kuala Selangor setahun yang lalu. Dia masih lagi belajar cara untuk bercakap menggunakan bahasa selatan. Kata orang, bahasa KL. Kebetulan Aufa berpindah ke taman perumahan yang terletak tidak jauh dari rumah Zahrin. Setelah seminggu mengenal diri masing-masing, mereka sudah rapat. Syakira pula tinggal di taman perumahan bersebelahan dengan perumahan Aufa. Mereka terus jadi rapat alang-alang sudah rumah berdekatan, satu kelas pula. Setiap hari mereka akan pulang bersama.
Syakira hanya mampu ketawa dan mengekori mereka daripada belakang. Pelajar-pelajar lain yang lalu-lalang tidak dihiraukan. Mereka yang lain juga sudah terbiasa dengan kebisingan Aufa dan Zahrin di sekolah.
Beberapa hari kemudian, di suatu pagi Isnin seperti biasa setelah selesai perhimpunan mingguan, para pelajar mula bergerak ke kelas masing masing. Aufa mula tidak senang duduk. Dia pusing ke belakang menghadap Zahrin.
“Awat Cikgu Pah lambat sangat masuk ni??” soal Aufa kepada Zahrin.
“Eh, mana aku tahu. Sakit perut agaknya” Aufa terasa geli hati dan secara tidak sengaja terketawa. Bukanlah bermaksud mempermainkan Cikgu Pah atau nama sebenarnya Latifah tu, tetapi jawapan Zahrin membuatkan dia terasa ingin ketawa.
“Hish, jahat kau Rayn” Syakira yang duduk di sebelah Aufa mencelah apabila terdengar perbualan antara Aufa dan Zahrin.
“Banyak kerja kot. Dak pun tiba-tiba pengetua buat mesyuarat tergempaq ka?” Aufa berseloroh.
“Tergempiaq apanyia..” Zahrin mula mengajuk Aufa.
“Woi, hang kalau tak tau cakap utagha jangan pejahanam bahasa. Suka hati dia ja” Aufa mula naik angin. Zafrin ketawa mengekek. Dia mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah.
“Lawak je. Rileks la”
“Banyak lah rileks kau. Ni aku sumbat pencil case ni baru padan” sambil berkata, Aufa mencapai bekas pensel Zahrin dan menyua ke mukanya. Zahri masih lagi ketawa. Tiba-tiba ketawanya terhenti apabila kelibat Cikgu Pah memasuki kelas mereka. Di belakang Cikgu Pah, kelihatan seseorang yang tidak dikenali mengikuti Cikgu Pah masuk ke ruangan kelas mereka.
“Assalamu’alaikum kelas.” Cikgu Pah memberi salam. Salamnya disambut oleh pelajar tingkatan 4 Perkasa. “Okay. Emm.. Kamu angkat meja dengan kerusi yang dekat belakang tu, bawak ke sebelah meja Zahrin.” Arah Cikgu Pah kepada budak lelaki yang mengikutinya tadi. “Zahrin.” Panggil Cikgu Pah.
“Ya”
“Mulai hari ni dia duduk di sebelah kamu, ya.” Beritahu Cikgu Pah dan Zahrin mengangguk sebagai jawapan. Dia bangun untuk membantu pelajar baru itu membawa kerusi. Mejanya diletakkan sebelah meja Zahrin.
“Terima kasih” ucap pelajar baru tersebut.
“Sama-sama” balas Zahrin.
“Okay, kamu boleh kenalkan diri” Cikgu Pah berkata kepada pelajar baru tadi. Pelajar itu meletakkan begnya di atas kerusi yang baru di ambil tadi.
“Mm.. Nama saya Ahmad Kamil bin Khusyairi. Saya baru je pindah dari Johor.” Pelajar baru itu memperkenalkan dirinya.
“Sekolah dekat mana sebelum ni?” soal Cikgu Pah.
“Sebelum ni saya bersekolah dekat Kluang.”
“Oo.. Okey. Tak apalah. Setakat tu je dulu cikgu tanya. Kamu semua kalau ada apa nak soal siasat latar belakang kawan baru kamu ni, kejap lagi. Sekarang kita proceed dengan latihan minggu lepas. Ha! Siapa tak buat latihan saya bagi hari Jumaat hari tu? Mengaku cepat!” kata Cikgu Pah seakan marah tetapi reaksinya amat menggelikan hati pelajar-pelajar.
Dia mengangkat rotan yang di bawanya ke hulu ke hilir. Sambil menggoyang-goyangkan rotannya, dia berkata bahawa dia akan merotan sesiapa yang tidak menyiapkan latihan tersebut.
“Cikgu! Kamil tak buat langsung, cikgu!” tiba-tiba Aufa menyebut nama Kamil. Kamil yang kebingungan memandang Aufa yang sedang menunjuk ke arahnya.
“HA! Kenapa tak buat?” seakan dia terlupa bahawa Kamil itu adalah pelajar baru, Cikgu Pah menyoal Kamil.
“Saya kan baru je masuk kelas cikgu?” kata Kamil. Cikgu Pah membuat muka geram.
“Aufa!” sambil mulutnya memanggil nama itu, sambil dia melibas rotan itu ke lengan Aufa alang-alang dia sudah berada di sebelah Aufa.
“Akk! Aduhhh..” Aufa mengaduh. Lengan yang baru saja dilibas rotan itu di usap berulang kali.
“Oo.. Main-main dengan cikgu. Cikgu taaaarik telinga ni baru tau” tangannya ligat memulas telinga Aufa di sebalik tudung yang dipakai Aufa.
“Adoidoidoidoi.. Cikguuu.. Sorry. Sorry. Sorry cikguuu..” rayu Aufa. Puas hati Cikgu Pah dapat mengenakan semula anak muridnya yang seorang itu. Tangan Cikgu Pah yang sedang memegang telinganya di capai dengan harapan rasa sakit di telinganya akan hilang, tetapi gagal. Rakan sekelas Aufa sudah tidak dapat menahan ketawa lagi.
“Ha.. Tu la..Kacau cikgu lagi” Hisyam ketua kelas mereka menyampuk.
“Padan dengan muka kau” Zahrin pula memadankan muka Aufa.
“Oo.. Padan muka ya? Mana kerja sekolah hari tu?” pantas Cikgu Pah menyoal Zahrin pula. Laju Zahrin mengeluarkan buku latihan matematik tambahan daripada begnya. “Hah, buka. Saya nak tengok” kata Cikgu Pah lagi.
Setelah beberapa muka surat dibuka, ternyata Zahrin belum menyiapkan dua soalan terakhir daripada 15 soalan yang dberikan.
“Hmm.. Padan muka ya? Ha, nah! Ambil bahagian kamu pulak” hujung bilah rotan tersebut hinggap di bahu Zahrin pula. Zahrin cuba mengelak namun Cikgu Pah pantas bertindak. Laju sahaja rotan itu melayang ke bahu Zahrin yang sebelah lagi.
Walaupun mereka sedang didenda oleh Cikgu Pah, tetapi setiap apa yang dilakukan Cikgu Pah tidak pernah tidak kelakar. Walaupun garang tapi Cikgu Pah seorang yang kelakar dan penyayang. Itu lah cikgu kegemaran mereka semua sejak dari tingkatan empat.
“Hantar selepas waktu rehat nanti. Ni nama dia mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.” Cikgu Pah berkata kepada Zahrin, buku Aufa dibeleknya. “Tengok. Kan betul kata saya. Kata orang, dia yang lebih. Aufa siap kerja yang saya bagi. Cuma dia ni suka mengacau saya je. Tak pasal-pasal saya jadi cikgu Bahasa Melayu pulak pagi ni”. Pecah lagi ketawa para pelajar kelas itu.
Kelas diteruskan seperti biasa. Setelah selesai kelas yang kedua untuk hari itu, maka bermulalah waktu rehat. Sebaik sahaja loceng berbunyi, ligat tangan Zahrin menutup buku matapelajaran Sejarah miliknya. Cikgu matapelajaran Sejarah mula berjalan keluar dari kelas itu. Zahrin memusingkan badan ke belakang melihat Aufa kini yang berada di tempat duduknya. Dagu Aufa berada di atas meja. Mukanya dilindungi oleh buku teks Sejarah yang di letakkan agar berdiri di hadapan mukanya. Aufa pasti akan meminta Zahrin untuk menukar tempat duduk dengannya apabila tiba waktu matapelajaran Sejarah.
“Fa.” Panggil Zahrin.
“Hm..” Sahut Aufa.
“Jom. Dah rehat.” Aufa mengangkat muka. Buku teks Sejarah yang didirikan ditutup semula. Dia bangun dan mula melangkah untuk keluar dari kelas.
“Oh.. Kamil” Aufa berhenti melangkah dan berpusing semula ke belakang. Syakira dan Zahrin turut berhenti. Kamil yang mendengar namanya dipanggil mendongak dan melihat ke arah Aufa.
“Ya?”
“Nak join kami pergi kantin?” tanya Aufa.
“Mm..” Kamil berfikir seketika. Kemudian dia tersenyum. ‘Eh, senyum-senyum pulak. Bukan nak jawab bila orang tanya.’ Aufa berfikir sendirian.
“Okey” balas Kamil. Dia turut bangun dan mula mengikuti langkah Aufa, Zahrin dan Syakira untuk ke kantin.
Setelah itu, Kamil mula menjadi rapat dengan mereka bertiga. Sikap Zahrin dan Aufa yang gila-gila membuatkan Kamil tak kering gusi. Syakira pula selalu membantu bila dia memerlukan bantuan. Bukan Syakira saja, bahkan mereka semua akan tolong sesama mereka bila ada yang memerlukan bantuan. Mereka terus berkawan sehingga ke tingkatan 5.
Suatu hari, ketika sedang berbual-bual, kawan Aufa dari kelas yang berlainan bertanya kepada Aufa soalan yang tak disangka-sangka semasa dia sedang bertugas di pintu pagar sekolah. Almaklumlah, pengawas sekolah. Setiap pagi, itulah tugas mereka sebagai pengawas iaitu mencatat nama pelajar yang lambat. Terkadang jika Zahrin sendiri terlewat, Aufa tidak memberi muka.
“Fa” panggil Wani.
“Hm” sahut Aufa.
“Kau dengan Zahrin..” kata-kata Wani terhenti. Aufa masih menunggu ayat Wani yang seterusnya. “Kau dengan dia ada apa-apa ke?”
“Apa-apa? Maksud?”
“Alah.. Apa-apa yang ‘tu’ lah”
“Bercinta?” teka Aufa.
“Ha.. Yang tu”
“Taklah” jawab Aufa. Berkerut muka Wani memikirkan sesuatu.
“Habis tu kenapa kau rapat dengan dia?”
“Hai.. Dah nama pun kawan, memang lah rapat. Dia suka dekat orang lain kot. Tapi kau ni kan.. Tanya soalan panas pagi-pagi ni kenapa? Nak tukar jawatan dari pengawas jadi AJK bilik siaraya pulak ke? Nak catat berita untuk buletin sekolah?”
“Tak ada lah. Nak tahu je. Sebab lepas kau dengan Zahrin dah berpisah kelas dengan aku lepas masuk tingkatan empat tahun lepas, kau orang macam makin rapat pulak” luah Wani lalu mula melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan. Penat dia berdiri dan berlari dari dewan perhimpunan apabila dia terlupa bahawa hari ini dia perlu bertugas di pintu pagar sekolah.
“Lepas dah bertukar kelas tu aku tak kenal siapa pun yang lain. Lagi pun aku kan budak baru lagi masa tu. Aku cakap dengan Zahrin je lah. Syakira tu rapat dengan aku pun sebab cikgu letak dia duduk sebelah aku. Aku segan sikit nak tegur orang kalau first time jumpa. Kau tahu kan?” Aufa mengingatkan Wani kembali saat mereka mula berkenalan di tingkatan tiga. Aufa kelihatan sangat pemalu. Tetapi apabila sudah rapat, bising mulutnya, machine gun pun kalah.
“Tu dulu. Aku dengar tahun lepas masa si Kamil tu baru masuk, kau orang first yang tegur.”
“Dah dia tak bercakap. Malulah kot masa tu. Kalau tak ada siapa tegur dia, memang tak bercakaplah budak tu sampai ke sudah.” Tengah rancak berborak, tiba-tiba kelibat seorang pelajar yang lewat tertangkap dek mata Aufa.
“Eh, eh.. Tunggu. Tunggu. Mana mau lari ha? Mari sini.” Aufa memanggil pelajar lelaki yang berpura-pura tidak nampak susuk tubuh dua orang pengawas yang berada di tepi pintu pagar itu.
“Tulis nama” kata Wani pula. Pelajar itu dengan malas menulis namanya. Seketika kemudian dia menutup buku tersebut menyerahkan semula buku dan pen kepada Aufa dan terus berlalu pergi. Aufa membuka kembali buku tersebut.
“Eh, eh, eh.. Budak kecik ni..”
“Kenapa” Tanya Wani.
“Dia ingat dia artis popular, tulis nama samaran je orang dah kenal. Zack apa benda entah ni. Kelas tak tulis” Aufa melepas geram. Terus diperhati budak lelaki tadi. Wani ketawa. “Kau gelak. Kelakar sangat ke?” Terkena tempias kemarahan Aufa kepada Wani. Namun tidak di peduli. Dia terus ketawa.
“Adoi.. Habis air mata aku. Macam mak cik-mak cik kau ni. Dah. Balik ke topik tadi. Okey. Kau dengan Zahrin tak ada apa-apa. Yang Kamil dengan Syakira tu, dia orang bercinta eh?” bermula lagi sesi soal siasat Wani kepada Aufa. Aufa terdiam. Dia berfikir sejenak.
“Entah. Tak tahu. Kenapa?”
“Sebab dia orang tu pun rapat lain macam” Aufa diam kaku.
Ketika waktu rehat, mereka berempat duduk makan semeja, seperti kebiasaanya. Zahrin duduk di sebelah Kamil, berhadapan Aufa. Syakira pula duduk di sebelah Aufa, berhadapan dengan Kamil. Sejak dari pagi selepas kelas bermula, Aufa tidak banyak bercakap. Dia memerhati gerak-geri Syakira dan Kamil. Mereka berdua lebih rapat sesama mereka berbanding dengan dirinya dan Zahrin. ‘Nampak sangat.’ Bisik hatinya. Penyedut minuman di dalam gelas dikacau-kacaunya. Zahrin perasan tindakan Aufa.
“Fa” panggil Zahrin. Aufa mengalih pandangannya ke arah Zahrin. “Kenapa?”. Pertanyaan Zahrin membuatkan Kamil dan Syakira memandang Aufa.
“Hm? Apa?” soal Aufa kembali.
“Kau lah. Kenapa termenung je?”
“Tak ada apa.” Balasnya pendek.
“Kalau sakit jom pergi bilik sakit.” Syakira mula bimbang.
“Tak ada apalah Kiera. Aku okey. Aku mana boleh sakit. Dah nak dekat SPM ni, minta dijauhkanlah segala mak nenek penyakit tu.” Aufa cuba membuat lawak.
“Habis tu kenapa kau makan sikit je tadi?” tanya Kamil pula.
“Entah. Kenyang kot.” pendek saja jawapan Aufa. Mereka tidak lagi bertanya apa-apa.
Waktu pembelajaran telah tamat untuk hari ini. Para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke tempat meletak basikal pelajar. Seperti biasa, Aufa, Zahrin dan Syakira pulang bersama. Syakira telah pun membelok masuk ke arah jalan ke rumahnya. Kini hanya tinggal Aufa dan Zahrin.
“Fa.” Panggil Zahrin. Aufa menoleh ke kanan.
“Kenapa?”
“Kita berhenti kedai Mak Cik Timah kejap”
“Nak buat apa? Nanti mak aku marah pulak kalau lambat balik” Aufa takut kalau dia dimarahi emaknya kerana pulang lewat. Jam sudah pun menunjukkan pukul 2.36 petang.
“Kejap je. Aku ada hal nak bincang” pinta Zahrin.
“Ha, ye lah. Kejap je. Sepuluh minit” Aufa memberi syarat. Setelah sampai di warung makan Mak Cik Timah, mereka duduk di salah sebuah meja. Mak Cik Timah datang untuk mengambil pesanan. Zahrin memesan teh o’ ais untuk dirinya.
“Saya tak nak pesan apa-apa” kata Aufa apabila Mak Cik Timah memandangnya. Terus Mak Cik Timah berlalu ke dapur untuk membancuh air yang dipesan Zahrin.
“Kau cakap terus-terang dengan aku, Fa” tiba-tiba Zahrin memulakan bicara.
“Terus-terang apanya ni?”
“Hari ni kau lain. Selalu kau banyak bercakap. Aku perasan yang sepanjang hari ni kau asyik perhati Kiera dengan Kamil je”
“La.. Aku diam salah, aku bising salah”
“Tak salah. Tapi pelik. Kau.. Suka dekat Kamil ke? Kau cemburu ke dia orang rapat?” pertanyaan Zahrin membuatkan pandangannya yang tadi meliar ke tempat lain kini kembali memandang wajah Zahrin.
“Rayn. Kalau aku cemburu pun, tak ke mana perginya. Macam tu jugak”
“Jadi betullah kau cemburu?” soal Zahrin inginkan kepastian tapi tidak dijawb oleh Aufa.
“Dahlah, kalau kau dah habis cakap, aku nak balik” Aufa bangun dan mencapai beg galasnya.
“Fa. Aku nak terus terang dengan Kiera” Zahrin berkata lagi. Aufa tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
“Baru sekarang kau nak cakap yang kau suka dekat dia? Bila dia dah jumpa orang lain?”
“Tak salah kalau aku cuba”
“Suka hatilah” kata Aufa perlahan tapi masih boleh ditangkap oleh telinga Zahrin. Aufa terus berjalan menuju ke arah basikalnya dan pulang. Dibiarkan Zahrin duduk di situ keseorangan.

AUFA kembali ke alam nyata. Tidak ingin lagi dia hanyut dalam lamunannya mengingati memori sewaktu mereka masih dibangku sekolah dan ketika dia mula sedar bahawa dia menyukai Kamil.
            Dendangan lagu Cinta Dalam Hati oleh penyanyi kumpulan Ungu di radio di matikan oleh Zahrin.
            Zahrin merasa sedikit geram. ‘Waktu orang tengah down macam nilah lagu pun nak sedih. Konon nak fit the situation lah tu. Makin meluat adalah’, marah Zahrin di dalam hati. Dia menarik nafas dalam. Aufa yang berada di tempat duduk penumpang diperhati sekilas.
            “Kau okey tak, Fa?”
            “Hm..” lemah sahaja jawapan Aufa, seperti dia tidak berkehendak pun untuk membalas soalan Zahrin. Pandangannya masih ke luar tingkap. Beberapa minit perjalanan, seketika kemudian mereka tiba di perkarangan rumah Aufa.
“Fa.” Baru sahaja Aufa hendak membuka pintu, Zahrin membuka mulut untuk berkata sesuatu. Aufa memandang Zahrin.
“Kenapa?”
“Aku nak kau tahu, walau apa pun terjadi aku akan tetap ada disamping kau” kata-kata Zahrin membuatkan Aufa ketawa kecil.
“Dah kenapa kau buat drama malam-malam ni?”
“Tak, Fa. Aku serius ni.” Kata Zahrin. Aufa kembali diam.
“Okey. Sorry. Carry on what you’re goin’ to say just now.” Aufa memberi sepenuh perhatian kepada apa yang ingin dikatakan Zahrin kepadanya.
“Aku tak nak kau sedih lagi. Aku akan buat apa saja untuk tengok kau bahagia semula. Macam yang aku cakap tadi, just remember that when you need me, I’m always available for you.” Penuh semangat Zahrin berkata, cuba untuk meyakinkan Aufa.
Okay. I’ll remember that. Sekarang kau balik. Dah lewat. Esok nak kerja kan? Assalamu’alaikum, Mr. Zahrin Aiman.” Aufa terus keluar dari kereta Zahrin dan membuka pintu pagar lalu masuk ke dalam rumahnya.
“Kenapa kau selalu lari bila aku tak habis cakap lagi?” Nafas di hela.

“Sebab hanya aku yang faham macam mana sakitnya perasaan kau sebagaimana sakitnya perasaan aku.” Ayat yang sepatutnya dikatakan kepada Aufa itu, kini hanya di dengari oleh dirinya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan