Bab 3
ZAHRIN melangkah masuk ke dalam rumah usai
memberi salam. Hampir semua lampu sudah ditutup. Jarum jam sudah menunjukkan
hampir pukul 11 malam. Hanya lampu kecil di dapur dan lampu di bahagian tangga menghala
ke atas yang masih menyala. Zahrin mengagak, pasti ummi dan abahnya telah
tidur. Zahrin terus naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik. Telefon
bimbit dan beg dompet dikeluarkan daripada kocek seluar dan di letakkan di atas
katil. Dicapainya tuala dan terus menuju ke bilik air tingkat atas.
Selesai
menyegarkan diri, dia mengambil wuduk dan mula mengerjakan solat Isya’ yang
tertangguh sementelah dia berangkat ke majlis perkahwinan Kamil dan Syakira selepas
Maghrib tadi. Selesai menunaikan
solat Isya’, Zahrin terpandang beg dompetnya yang terletak di atas katil. Dia
mengambil dompet tersebut lalu dibuka. Kelihatan gambar mereka berempat semasa
masih dibangku sekolah diselitkan di ruangan kad pengenalan.
Dengan
tidak semena-mena, air mata Zahrin gugur. Dikesat air mata jantannya. Bukan mudah
untuk dia menangis. Tapi kalau sudah patah hati, mana mungkin dapat ditahan.
Zahrin teringat kembali detik semasa dia meluahkan perasaan kepada Syakira
sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM.
10 TAHUN lalu.
ZAHRIN berdiri di luar rumah Syakira. Dia
menanti dengan penuh sabar. Harapannya agar luahan perasaannya diterima.
Syakira akhirnya keluar setelah beberapa minit Zahrin menunggu.
“Ha,
Rayn. Kenapa datang malam-malam ni? Nak minta nota tambahan ke?” Syakira
memulakan bicara. Dia meneka pasti Zahrin ingin meminta nota mindanya sebagai
rujukan memandangkan minggu depan akan berlangsungnya peperiksaan SPM.
“Eh,
tak. Aku ada benda nak bagi tahu. Rahsia ni dah lama aku simpan”
“Oo..
Nak bagi tahu rahsia. Kalau dah bagi tahu aku bukan rahsia lah.” Mereka
tersengih bersama. “Ha, apa dia rahsianya?”
“Emm..
Sebelum tu, aku minta maaf kalau apa aku nak cakap ni mungkin buat kau tak
selesa. Aku cuma.. Nak berterus-terang je.”
“Hm..?
Okey. Cakaplah”
“Sebenarnya,
Kiera.. Aku dah suka dekat kau dari tahun lepas lagi. Aku suka dengan sikap kau
yang friendly, baik hati, sopan je.
Aku..” Zahrin mula terasa malu tatkala meluahkan rasa yang terpendam, sambil
matanya memandang ke bawah. Bertambah malunya sehingga dia tidak mampu
memandang ke atas untuk melihat muka Syakira.
“Rayn.”
Panggil Syakira. Zahrin memandang wajahnya. Wajah Syakira tidak menunjukkan
yang dia gembira mendengar luahan perasaan Zahrin. Riak wajahnya seakan keliru
dan kasihan.
“Kenapa?”
soal Zahrin.
“Aku
minta maaf. Aku.. Dah ada orang yang aku suka.” Mendengarkan kata-kata Syakira,
Zahrin terdiam. Orang yang dimaksudkan sudah dapat diduga. Zahrin tersenyum
kelat.
“Aku
tahu. Kamil, kan? Tak apa. Aku memang dah tahu pun. Tapi aku nak jugak cuba.
Mana tahu kalau bernasib baik. Tapi nampaknya, aku terlambat” Syakira tidak
berkata apa-apa. Dia hanya berdiam diri. Keadaan menjadi sunyi seketika.
“Erm..
Kalau tak ada apa-apa lagi, aku masuk dulu ya?”
“Okey.
Good luck untuk SPM nanti.”
“Terima
kasih. Kau juga. Maaf, ya?” sekali lagi Syakira meminta maaf.
“Tak
ada apa lah. Small matter. Kita kawan
lagi kan?” Zahrin cuba melakarkan senyuman. Melihat senyuman Zahrin, rasa
bersalah di hati Syakira berkurang.
“Terima
kasih” Syakira mula berjalan masuk ke rumahnya. Setelah pintu rumah Syakira
ditutup, senyuman Zahrin mulai pudar. Kakinya mula melangkah menaiki basikal
dan dia mengayuh basikal miliknya itu lalu meninggalkan perkarangan rumah
Syakira dengan senyuman diukir dibibir. Sayu hatinya hanya dia yang tahu namun
dia bijak menyembunyikan perasaannya.
KENAPA? Kenapa aku susah sangat nak
lupakan kau? Itulah soalan yang sering bermain di fikiran Zahrin. Hendak
dibenci, tidak patut hanya kerana Syakira tidak membalas perasaan cintanya.
Bukannya Syakira ada berbuat benda yang tidak elok padanya. Sepanjang mereka berkawan,
Syakira melayan dia dengan baik sebagai seorang teman. Zahrin bangun dari
duduknya. Gambar mereka berempat itu dikeluarka daripada beg duit dan diletakkan
di dalam laci almari. Tidak ada gunanya dia melayan perasaan sedih itu bila
orang yang disukai kini sedang bergembira meraikan hari bahagia.
Sejadah
yang tadinya digunakan semasa solat isya’ dilipat dan disangkutkan di atas
kerusi meja kerjanya. Langkah disusun menuju ke katil.
“Lupakan
sajalah, Rayn. Jodoh kau bukan dengan dia.” Zahrin tak henti-henti memujuk diri
sendiri.
AUFA berbaring di atas katilnya sambil
tangannya ligat menaip sesuatu di telefon setelah dia selesai solat isya’ tadi.
Tahniah Kiera. Sorry aku balik awal tadi.
Kau risau aku tak ada dalam gambar kahwin korang ke? Nanti photoshop je lah. Okey? Again, congrats. Selamat malam.
Tidak lama kemudian, Aufa mendapat balasan
mesej daripada Syakira.
Tak apa. Next time kita jumpa lagi. Love
you.
Thanks sebab faham. Love you more.
Mesej
dihantar kepada Syakira. Telefon bimbitnya diletakkan di tepi. Dia menarik
nafas dalam dan dilepaskan perlahan. Redha. Dia berharap itu yang akan dia
lakukan selepas ini. Menerima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka. Tapi,
sepertinya dia terlupa sesuatu. Zahrin! Telefon dicapai semula dan dibukanya
aplikasi whatsapp untuk dia
menghantar mesej kepada lelaki itu.
To my dear friend Mr Zahrin Aiman. Thanks
for being such a supporting friend. At least
kau bukan tahu sepak tin je. And for your action just now, jangan melebih sangat acting
tu. Jangan menangis lagi, okey. Hilang macho kau. Dah. Selamat malam. Assalamu’alaikum.
Pesanan
itu dihantar kepada Zahrin. Bunyi mesej masuk mengejutkan Zahrin daripada
lamunan. Telefon bimbit dicapai lalu dibuka aplikasi whatsapp untuk dibaca mesej yang diterima. Melihat apa yang ditulis
Aufa, membuatkan dirinya tersenyum sendiri. Sempat lagi Aufa bergurau dalam
keadaan dirinya bersedih. Zahrin mula menaip mesej untuk dibalas kepada Aufa.
Thanks. Kau pun, jangan sedih lagi. Semoga
lepas ni kita sama-sama happy, no more crying.
Aku akan cuba buat kau happy selagi mampu. Sampai kau tak menyesal kawan dengan aku. Selamat malam jugak.
Wa’alaikumussalam.
Telefon
bimbit kembali diletakkan di tepi. Mata mulai dipejam menanti mimpi malam, berharap
hari esok akan lebih indah buat mereka berdua.
AUFA berlari-lari anak ke pondok bas
berdekatan. Hatinya terus resah. Jam di tangan dikerling beberapa kali.
“Dah
tak ada bas ke waktu ni? Alamak.. Minta-minta ada lah teksi lalu. Cepat sikit
aku sampai.” Aufa berharap. Tidak lama kemudian, dari kejauhan kelihatan sebuah
teksi datang menghampiri. Aufa melambai kepada teksi tersebut. Kelajuan teksi
tersebut semakin perlahan, menandakan bahawa ia akan berhenti. Aufa berasa
lega. Dengan tenang dia mula melangkah ke arah pintu teksi tersebut.
Hanya
beberapa langkah lagi sebelum tangannya sempat mencapai pintu teksi, seorang
lelaki terlebih dahulu memintasnya dan membuka pintu teksi tersebut dan terus
masuk ke dalam. Pintu teksi di tutup. Tindakan
lelaki tersebut membuatkan dirinya kaget. Dengan pantas tangan Aufa membuka
semula pintu teksi tersebut. Ditenung lelaki yang baru sahaja ‘merampas’ teksi
yang ditahannya tadi. Lelaki berpakaian kemas berkod hitam dan berkemeja biru
itu merenung Aufa kosong sebelum bersuara.
“Nak apa?” soal lelaki
itu. ‘Eh dia ni. Aku tepuk jugak kepala dia nanti’. Fikir Aufa sendiri. Aufa
menarik nafas sebelum berkata dengan sehabis sopan yang mungkin.
“Assalamu’alaikum,
maaf encik, tapi saya yang tahan teksi ni dulu.” Aufa bersuara.
“Ehh..
Saya dulu. Awak tak nampak ke tangan saya bukan main terkibas-kibas lagi tadi
tahan teksi ni dekat sana. Sebab tu pak cik ni berhenti. Betul tak pak cik? Oh
lupa. Wa’alaikumussalam” soalan lelaki tersebut membuatkan pak cik teksi
tersebut berasa serba salah untuk menjawab.
“Encik
tak boleh macam tu. Memang sah-sah lah pak cik ni berhenti depan saya. Maknanya
saya lah pelanggan teksi ni. Encik, tolonglah. Saya dah lambat ni, tak ada masa
nak gaduh pasal teksi.”
“Saya
pun dah lambatlah. Tak ada masa nak gaduh dengan awak. Dah, pak cik. Moh kite jalan. Abaikan dia ni”, pantas
lelaki tersebut memberi arahan kepada pak cik teksi berkenaan.
“Err..
Macam mana kalau encik dengan dia naik sekali? Mana tahu tempat sama atau
dekat-dekat ke?” pak cik teksi tersebut memberi cadangan. Aufa tersenyum.
Pandai pak cik ni, fikirnya.
“Tak
payah, jom pak cik. Saya dah lambat ni.” Sekali lagi lelaki itu menyuruh pak
cik teksi itu untuk beredar.
“Maaf
ya, cik” kata pak cik teksi tersebut kepada Aufa.
“Tak
apa pak cik. Orang keras hati memang macam ni. Assalamu’alaikum.” Kata Aufa
sambil senyuman dilemparkan kepada pak cik itu dan jelingan tajam kepada lelaki
yang berada di tempat duduk penumpang. Pintu teksi di tutup. Kakinya mula
melangkah untuk berlari ke tempat kerja.
Pak
cik teksi dan lelaki tersebut hanya memandang pergerakan Aufa dari dalam teksi.
Teksi tersebut mula bergerak dan tatkala teksi tersebut lalu disebelah Aufa,
mahu saja Aufa membaling kasutnya kearah teksi tersebut.
“Sabar,
Fa. Rosak kasut ni nanti kena beli baru. Lagi pun tu teksi pak cik tu, bukan
kereta lelaki meroyan tu” Aufa cuba memujuk hati. Tak cukup lagi dengan hatinya
yang patah dengan perkahwinan Kamil dan Syakira, muncul pula manusia yang
menyakitkan hati di pagi hari macam ni. Aufa mengabaikan perasaan marahnya lalu
mula berlari. Sesekali Aufa memandang ke belakang, melihat jika ada teksi atau
bas yang lalu untuk ditahan. Kebanyakannya teksi melintasi dari arah yang
berlawanan. Aufa semakin penat berlari. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Telefon di keluarkan lalu panggilan di jawab.
“Hello,
Rayn. Ada apa?” tanya Aufa kepada si pemanggil sambil nafasnya
tercungap-cungap.
“Kau
kat mana tu? Kenapa bunyi kau bernafas macam baru lepas lari je ni?”
“Memang
tengah lari pun, dah lambat sangat nak tunggu teksi. Aku lari jelah pergi office”
“Ha?
Kau kat mana ni?” soal Zahrin. Dia yang berada di pertengahan jalan menuju ke
tempat kerja, segera memusingkan kenderaan dan menuju ke tempat keberadaan
Aufa. Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya kelibat Aufa kelihatan.
Zahrin memberhentikan keretanya dan menyuruh Aufa untuk masuk ke dalam kereta.
“Terima
kasih. Walaupun aku tak suruh kau datang pun sebenarnya” kata Aufa.
“Eh,
kau ni. Orang dah tolong macam nak tak nak pulak. By the way, kenapa kau tak pergi naik motor kau hari ni?” soal
Zahrin seraya menekan pedal minyak dan mula bergerak ke tempat kerja mereka.
Dia pelik. Selalunya Aufa akan pergi ke pejabat dengan menaiki motorsikal
miliknya. Kalau wanita lain sudah tentu mereka lebih memilih kereta berbanding
motorsikal namun tidak Aufa, kerana dia lebih selesa menaiki motorsikal untuk
lebih cepat sampai. Nak menyelit senang. Tapi hari ini tiba-tiba Aufa ingin
menaiki teksi pula.
“Motor
tu tiba-tiba tak boleh hidup pulak. Buat hal pagi-pagi ni. Nak minta ayah aku
hantar dia dah pergi kerja dulu dari aku.” Tidak sempat Zahrin bertanya
mengenai ayah Aufa, dia terlebih dahulu menceritakan keadaan yang membuatkan
dia terpaksa menahan teksi hari ini.
“Hmm..
Lain kali call jelah. Aku kan ada?
Rumah bukan jauh mana pun. Nak pergi kerja pun satu jalan je kan?”
“Tak
naklah menyusahkan kau.”
“Tak
ada maknanya susah. Kau tu pemalas. Telefon je mahal tapi tak reti guna.”
“Amboi.
Melampau ayat kau. Mana kau tahu telefon aku mahal? Bukan guna duit kau pun.”
Zahrin ketawa. Niatnya untuk menyakat Aufa berjaya membuat gadis itu melenting.
Dia tersengih sendiri.
“Hehehe..”
“Takyah dok kernyeh-kernyeh gitu. Jalan
cepat sikit. Lambat dah ni” Mulalah Aufa berdialek utara.
“Dah
kau tu lambat sangat nak call aku,
kalau tak 10 minit lepas dah sampai dah.”
“Ish!
Tekan minyak tu cepat sikit!”
“Hoi!
Kau nak kita accident ke apa? Tak
nampak kereta banyak kat depan tu?”
“Eleh,
selalu bukan main lagi kau cakap kau boleh drift
lah apa ke benda lah” Aufa mula mengingatkan kembali apa yang pernah
diperkatakan oleh Zahrin kepadanya.
“Kalau
aku boleh buat drift pun, kau ingat
kita ni tengah buat filem aksi ke? Tengah-tengah bandar ni nak drift, pagi-pagi time sesak nak pergi kerja macam ni?” leter Zahrin.
“Hm..
Alasan.” Tingkah Aufa. Mendengarkan kata Aufa, Zahrin menekan pedal minyak.
Aufa terkejut lalu tersentak ke belakang.
“Rayn!
Tadi cakap tak boleh. Ni dah kenapa tiba-tiba pecut pulak? Slow sikit!” Zahrin tidak membalas sebaliknya dia hanya ketawa
melihat muka cemas Aufa. Akhirnya mereka sampai ke bangunan tempat kerja
mereka.
Sebaik
masuk ke tempat letak kenderaan, Aufa terus bergegas keluar daripada kereta.
Zahrin pelik melihat tingkah-laku Aufa.
“Terima
kasih” kata Aufa sebelum menutup pintu kereta
“Dah
kenapa perempuan ni laju semacam?” soal Zahrin sendirian.
“Oi! Tak nak tunggu aku
parking kereta ke?”
“Tak payah! Tunggu kau
bertambah lambat aku” balas Aufa. Setelah difikir barulah Zahrin faham. Aufa
pernah memberitahunya untuk tidak memaklumkan kepada sesiapa pun bahawa mereka
bekerja di bangunan yang sama walaupun pejabat masing-masing berada di tingkat
yang berlainan. Kononnya tak mahu ada gosip liar. Kalah artis jugak perasan si
Aufa tu kadang-kadang. Aufa bekerja sebagai salah seorang pereka grafik di
tingkat dua, manakala Zahrin adalah salah seorang pembantu arkitek hiasan
dalaman di tingkat lima bangunan tersebut. Mereka berdua sama-sama bekerja
dibawah syarikat Destine Sdn Bhd.
Destine Sdn Bhd menjalankan tiga perniagaan iaitu perhotelan,
pengiklanan dan hiasan dalaman. Entah bagaimana, kebetulan atau memang takdir,
Aufa dan Zahrin bekerja di bawah syarikat yang sama cuma berbeza bahagian
bidang. Dua daripada perniagaan syarikat itu berada di dalam bangunan yang sama
iaitu pengiklanan dan hiasan dalaman. Hotel mereka terletak di Shah Alam.
Perniagaan utama syarikat Destine Sdn. Bhd yang dimiliki Tuan Haji Bustamam itu
ialah bidang perhotelan, namun telah berkembang kepada bidang pengiklanan dan
hiasan dalaman tidak lama kemudian setelah anak-anaknya mewarisi kelebihan
perniagaan yang dimiliki olehnya. Keempat-empat anaknya masing-masing mempunyai
minat dan cara yang tersendiri dan mereka telah bersepakat untuk bernaung di
bawah syarikat milik bapa mereka. Selalunya syarikat tersebut hanya menggunakan
tenaga kerja daripada anak syarikatnya sendiri sahaja baik dari segi hiasan
dalaman hotel mereka dan juga dari segi idea kreatif pengiklanan untuk menarik
pengunjung ke hotel mereka.
“Kenapa Aufa nak berahsia
sangat? Aku dengan dia kawan je kan? Takut kena gossip lah tu.” Zahrin berbicara sendiri.
Aufa pantas berjalan
memasuki pintu utama pejabatnya. Sebaik sahaja dia selamat memasukkan kad
‘punch’ ke dalam mesin ‘punch card’, terus dia disergah oleh rakan sekerjanya, Kak
Wani.
“Haa! Boyfriend hantar nampak hari ni.” Kata Kak
Wani sambil tangannya menampar bahu Aufa.
“Oii! Mak kau! Aku tampar
kang!” sempat lagi Aufa melatah. Hampir-hampir dia membalas tamparan Kak Wani
tadi.
“Hesh! Kak Wani..
Janganlah buat Fa terkejut.” Aufa berjalan menuju kearah mejanya. Meja Kak Wani
berdepan sahaja dengan mejanya.
“Eleh, buat-buat terkejut
konon.”
“Betul lah terkejut, mana
ada buat-buat.”
“Hmph. Siapa tadi tu?
Macam kenal je” belum habis lagi Kak Wani punya soal siasat.
“Manusia”
“Wei, aku tahu la
manusiaaa.. Kalau hantu kau pun lari.” Kak Wani menarik telinga Aufa disebalik
tudungnya itu, oleh kerana Aufa bersikap loyar buruk dengannya tadi.
“Adoi, kak! Fa bukan
budak-budak lagi nak main tarik-tarik telinga bagai.”
“Dah kau loyar buruk
dengan aku”
“Tadi tu kawan la” kata
Aufa, seraya Kak Wani melepaskan tangannya dari menarik telinga Aufa.
“Haaa.. Boyfriend la tu.”
“Tak, kawan”
“Eh, lelaki kan?”
“Yup.”
“Boyfriend la tu”
“Bukan kak. Berapa kali
nak kena cakap ni?” Aufa sudah mula menghidupkan komputer di meja kerjanya.
“Hmph. Suka hati kau lah.
Eh, hari ni Encik Rashdan masuk awal tau. Tu dah tercongok dalam bilik dia.
Kantoi la kau datang lambat hari ni”
“Aduh.. Kak Wani ni tak
membantu langsung lah. Asyik menambah stress orang je kerja. Dah la tadi nak
naik teksi ada mamat sewel mana entah rampas teksi yang Fa tahan, pastu dia blah macam tu je. Buat muka tak bersalah
pulak tu.”
“Ish.. Ish..Ish.. Kesian
kau Aufa. Pagi-pagi ni dah macam-macam bala turun kat kau.”
“Aii.. Kak.. Jangan doa
yang bukan-bukan lah”
“Hehe.. Sorry. Ha, Encik Rashdan suruh kau masuk
bilik dia kalau kau sampai. Ada sebab dia datang awal hari ni katanya.” Kak Wani
menyampaikan pesanan Encik Rashdan kepada Aufa.
“La.. Nak apa pulak dia
pagi-pagi ni? Jangan cari pasal sudahlah.. Letihlah..” Aufa bernada seakan
mengeluh.
“Hish, kau mengeluh ke?
Jangan mengeluh. Istighfar banyak-banyak. Mana tahu turun rezeki ke? Kau naik
pangkat ke?” Kak Wani cuba menenangkan Aufa yang sedang serabut.
“Amiin. Mudah-mudahan ye
kak. Dapatlah Fa beli kereta baru kalau naik gaji. Hehehe.”
“Hmm.. Ye lah. Kau asyik datang
kerja naik motor dah macam jantan aku tengok kau merempit. Dah. Pergi masuk
bilik dia. Nanti aku jugak kena. Bersembang dengan kau sampai esok pun tak
habis.”
“Eh, Kak Wani tu yang
bercakap tak habis-habis.”
“Dah! Pergi!” Kak Wani
menghalau Aufa ke bilik Encik Rashdan.
Langkah kaki Aufa mula
diatur ke bilik Encik Rashdan. Dalam hatinya tak habis-habis tertanya apa pulak
yang ingin diberitahu oleh pengurusnya itu. Sesampainya dia di depan pintu
bilik Encik Rashdan, belum sempat pintu di ketuk, sudah ada orang yang
membukanya dari dalam. Hampir saja Aufa mengetuk kepala sosok badan yang tinggi
itu. Kerana terkejut, lelaki yang membuka pintu itu melindungi mukanya dengan
meletakkan lengan di hadapan muka.
“Eh, nasib baik belum
ketuk lagi, kalau tak, free je kena
ketuk. Maaf ya en..” niat Aufa mahu meminta maaf terbantut apabila wajah lelaki
di hadapannya kelihatan. Lelaki itu menurunkan tangannya.
“Eh.. Laa.. Dia ni ke?”
soal lelaki tersebut.
“Awak? Perampas teksi
saya tadi, kan?!” kata Aufa sambil menuding jari ke arah lelaki tersebut.
“Ehh.. Awak yang lambat.
Jalan terkedek-kedek macam itik.”
“Aufa. Kamu dah kenapa
bergaduh depan pintu bilik saya ni? Masuk. Ada benda saya nak bagitahu.
Kamu,tunggu dekat luar sekejap ya” kata Encik Rashdan dari dalam biliknya dan
meminta lelaki yang berperang mulut dengan Aufa itu untuk menunggu di luar.
______________________________________________________________________
Author's Note: Maaf la sebab memang lama sangat tak update. Entah-entah reader pun dah lari. Idea tak sampai dan kadang-kadang letih lepas balik kerja, jadi malas nk update story. Maaf ye..
- Muhibbatul Jannah -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan