Selasa, 6 Disember 2016

Ku Kan Mencintai Bab 1


Bab 1

            Sedetik sahaja kau terleka tiada lagi peluang kedua.
Jadi.. Mungkinkah  masih ada peluang cinta untuk kita?

“KAU kat mana? Tolonglah angkat call aku.” Zahrin tidak berhenti-henti mendail nombor telefon Aufa. Namun hasilnya tetap sama. “Nombor yang anda dail..” setiap kali nombor di dail, suara operator itulah yang didengarinya dari tadi. Telefon bimbit di telinga dijauhkan dan dia mematikan panggilan tersebut.
“Kat mana lagi aku nak cari kau?” Dia melihat sekeliling. Malam sudah terlalu pekat, mungkin hujan akan turun barangkali. Bulan sudah pun berselindung disebalik awan, bintang-bintang pun dah tak kelihatan. Zahrin menarik nafas dalam-dalam dan dihembuskan. Dia meneruskan perjalanan disekitar bangunan premis itu lagi. Kalau bertuah, jumpalah dia dengan orang yang dicari. Setelah lebih lima minit mencari..
“Aufa” nama gadis itu diseru apabila tuan punya badan sudah berada di depan mata. Gadis yang sedang menekup muka itu mengangkat kepala dan berpusing memandang Zahrin yang berada beberapa langkah dari tempat duduknya. Tudung berwarna jingga itu sudah basah dengan air mata. Zahrin berjalan mendekatinya dan duduk tidak jauh dari Aufa. “Apa kau buat kat sini?” pertanyaan itu tidak dibalas. “Punyalah banyak tempat, kat sini juga kau pilih. Not comfortable at all. Pilihlah kerusi empuk sikit” Zahrin menepuk-nepuk bangku bus stop yang sedang didudukinya. Masih tiada balasan. “Hai.. Bermonolog sendirian aku ye?” setelah masih tiada balasan, nafas dihela.
Tiba-tiba kedengaran tangisan disebelahnya. Segera dia menoleh ke kiri. Aufa sedang menangis, lagi.. Entah kali yang ke berapa, gadis itu sendiri tidak mengiranya. “Need this?” sapu tangan dihulur kepada Aufa. Aufa memandang sekilas kemudian perlahan mengambil sapu tangan itu dan mengelap air matanya. Esakkan Aufa semakin kuat, air matanya pula deras mengalir seolah tidak mahu berhenti. Pada masa yang sama, hujan renyai sudah mula berjinak-jinak menunjukkan diri di dalam kegelapan malam.
            “Aufa.. Sudahlah tu. Habis air mata kau nanti. Aku tahu lawak aku tak lawak buat kau sekarang tapi..” kata-katanya terhenti. Nafas ditarik dalam-dalam lagi. “Kalau kau tak berhenti menangis macam ni, nanti aku pun akan menangis sekali.. Please..” Aufa tidak mengendahkan kata-kata Zahrin. Air matanya masih ingin menunjukkan betapa patahnya hati Aufa. Tidak lama kemudian, tangisan lain pula yang kedengaran di sebelah Aufa. Tangisan Aufa terhenti apabila dia menoleh ke kanan. Di lihat Zahrin yang kini mengalirkan air mata. Aufa tersentak.
            “Rayn..” sepatah perkataan yang keluar dari mulut Aufa membuatkan Zahrin tersenyum pahit. Zahrin merenung tangannya yang berada di atas riba.
            “Aku dah cakap. Kalau kau tak berhenti menangis, aku akan menangis sekali.” Kali ini, esakkan Zahrin pula yang kedengaran.
Hujan sudah mulai turun dengan lebat. Keadaan mereka sekarang tidak ubah seperti dalam filem sedih. Sudah menangis, ditambah pula dengan hujan yang lebat mencurah-curah. Orang yang lalu-lalang langsung tidak mempedulikan mereka. Aufa dapat memahami kenapa Zahrin menangis malah lebih teruk dari dirinya tadi. Aufa tahu, sudah lama Zahrin tahan air matanya daripada jatuh di hadapan Aufa.
            “Nak ni?” tanya Aufa sambil sapu tangan Zahrin dihulur kembali kepada pemiliknya. Zahrin menyambut sapu tangan tersebut lalu mengesat air matanya. “Menangislah, Rayn. Kau dah lama tahan air mata kau.” Sudah sembilan tahun Zahrin menahan air mata jantannya mengalir hanya kerana seorang perempuan. Benar. Dalam hal ini, satu-satunya manusia yang mengetahui betapa sedih dan pilunya hati Zahrin adalah Aufa.
Aufa tahu segalanya. Selama ini Zahrin telah lama menaruh hati kepada Syakira, sama seperti dia dan Kamil. Namun bezanya, Zahrin berjaya meluahkan perasaan yang terbuku dihati tetapi dia terlambat kerana pada saat itu, hati Syakira sudah pun terpaut pada Kamil. Aufa pula hanya mampu melihat dari jauh. Bukanlah Kamil langsung tidak menghiraukan dia, tetapi perhatian yang diberikan hanya sekadar seorang kawan. Dia tak mampu mengungkapkan perasaan apabila sudah jelas bahawa Kamil sukakan Syakira. Zahrin tiba-tiba terasa perasaan kelakar hadir pada ketika itu. Dia tersenyum.
            “Hai.. Apa lah nak jadi.. Kita main passing sapu tangan ­pula kat sini kan. Sejak bila aku cengeng ni?”
            “Tolonglah, Rayn. Kau kalau nak nangis, nangis terus. Nak buat kelakar, kelakar terus. Dari tadi lagi aku geram dengan kau. Orang tengah sibuk nangis kau sibuk nak buat lawak bodoh kau time-time macam ni” Akhirnya terkeluar juga apa yang disimpan sejak dari awal kehadiran Zahrin. Air mata terus diseka.
            “Haa..Tahu bercakap rupanya kau kan? Tu lah ayat paling panjang kau cakap malam ni. Tadi sepatah dua je keluar. Sorry lah. Aku nak buat kau happy je tadi”
            “But not this time, Zahrin
            “Okay. Aku tahu, lawak aku tak menjadi.” Zahrin mengakuinya.
            “Ha, tahu pun. Dah lah tak lawak, cengeng, tak handsome pulak tu”
            “Amboi, amboi. Ni dah lebih. Habis tu kau tak cengeng? Menangis tepi jalan macam ni? Kau lawa sangatlah?” soal Zahrin dalam nada bergurau. Tetapi pertanyaannya tidak dibalas. Aufa diam. Kemudian dia bersuara.
            “Mungkin. Mungkin sebab aku tak cukup cantik, tak cukup lawa bagi dia. Sebab tu dia pilih Syakira.” Air matanya mulai mengalir kembali. ‘Aduh, menyesal pulak aku ungkit bab lawa tak lawa dengan dia’, bisik hati Zahrin. Sapu tangan di tangannya di hulur semula kepada Aufa.
            “Hmph.. Nah..” Katanya sambil menghulur sapu tangan. Aufa menyambutnya. “Adoi.. Bila kita nak habis menangis ni?” soal Zahrin sendirian, dia tahu pertanyaannya kali ini tak akan dibalas Aufa. Tiba-tiba telefon bimbit Zahrin berbunyi. Nama Kamil tertera di skrin. Dengan berat hati, panggilan itu dijawab.
            “Helo”
            “Helo. Weh, kau pergi mana? Dah balik ke?” soal Kamil
            “Belum lagi, tapi memang nak balik dah ni”
            “Awak telefon siapa tu? Aufa ke?” kedengaran suara Syakira bertanya agak berjauhan dihujung talian.
            “Saya telefon Zahrin
Oh.. Er.. Tanya dia kalau Aufa ada sekali dengan dia” Syakira meminta suaminya bertanya kepada Zahrin. Suara Syakira yang teragak-agak itu dapat didengari Zahrin. Dia tahu kenapa nada suara Syakira berubah apabila namanya disebut.
Aufa ada dengan kau ke?
“Ya, dia ada dengan aku” Zahrin memandang Aufa yang berada disebelahnya. Mendengar perkataan ‘dia’, Aufa  pasti dirinya adalah ‘dia’ yang dimaksudkan dan pemanggilnya sudah pasti Kamil.
“Kenapa cepat sangat korang nak balik ni?
            “Aku.. Ada hal lah” tidak tahu apa alasan yang harus diberikan kepada teman baiknya itu, Zahrin mula menggaru kepala.
            “Hal apa yang lebih penting daripada majlis kahwin kawan kau ni?” tanya Kamil. Saat soalan itu diajukan mahu saja Zahrin menjawab, ‘Perasaan aku yang hancur berkecai tengok kau dengan dia bersama’. Andai saja kata-kata itu terungkap, pasti dia tidak akan pernah berhubung lagi dengan Kamil buat selamanya. Tapi kata-kata itu hanya mampu dilafazkan di dalam hatinya. Tidak terlintas dihatinya mahu menghancurkan mahligai bahagia kawan baiknya itu. Dia belum sekejam itu dan harapannya agar ia tidak akan pernah berlaku. Dirinya dan Syakira mungkin tiada jodoh.
            “Esok kerja kan. Kenalah balik awal. Nanti bos marah”
            “Hm.. Yalah. Kalau pasal tu aku tak boleh nak kata apa lah. Kau nak hantar Aufa balik ke?
            “Hm..”
            “Drive elok-elok. Nanti bila free kita lepak sama-sama” Pesan Kamil kepada Zahrin.
            “Iya lah.” Talian dimatikan. Seperti daun yang layu, tangan Zahrin perlahan turun ke ribanya. Nafas dihela lagi. Dia kembali memandang Aufa. “Jom lah. Aku hantar kau balik.”.

            Tanpa sepatah perkataan, Aufa menurut saja kata Zahrin. Mereka berjalan menuju ke tempat meletak kenderaan di luar hotel mewah yang mereka masuki sejam yang lalu. Terasa bagai hati tidak mahu memandang malah jauh sekali ingin menjejakkan kaki di situ lagi. Semuanya hanya akan mengingatkan mereka kepada kisah duka yang telah lama bersarang di dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan