PROLOG
"Bila kisah cinta ini bukan milikku,
masihkah ada peluang cinta untuk aku?"
PERNAH tak rasa bagaimana cinta tidak berbalas? Selalu bila kita tengok drama percintaan di dalam TV, sudah pasti kita akan menyokong watak utama lelaki dan wanita untuk bersatu. Watak sampingan lelaki dan wanita kedua yang terlibat dengan kisah percintaan watak utama hanyalah sebagai pelengkap cerita. Setelah tewas dalam peperangan percintaan, mereka akhirnya akan membawa diri ke tempat lain sambil membawa lara di hati, paling teruk pun pasti ada yang meninggal kerana wataknya terlalu jahat.
Watak-watak orang ketiga ini selalunya akan di benci dan di cemuh kerana mengganggu hubungan cinta orang lain. Tetapi ada juga watak sampingan yang baik hati. Mereka inilah yang selalunya akan berduka dengan kehilangan cinta yang dipertahankan. Bagaimana jika kita adalah watak tersebut? Kita sangka, apabila watak utama telah bersatu maka tamatlah drama tersebut.
Tapi di kehidupan yang nyata? Cerita disebaliknya yang tidak disingkap? Bagaimana jika cerita cinta masih diteruskan tapi kini watak utamanya berganti? Agak tidak adil jika watak kedua tidak mempunyai kisah cinta mereka sendiri, bukan? Sudah pasti ramai yang mempunyai cerita cinta yang tersendiri. Ramai juga yang menjadi 'watak sampingan' untuk kisah cinta orang lain. Begitu juga aku, dia.. Kita.
"Fa" terdengar satu suara memanggilnya dari luar bilik.
"Ya. Kejap!" penulisan di dalam perisian Microsoft Words itu disimpan. Kemudian komputer riba itu ditutup. Dia menarik nafas dalam kemudian dihembuskan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan